Hujan diramal turun pada waktu pagi di satu dua tempat sekitar Johor. Cuaca diramal cerah namun hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pantai dan pedalaman di Melaka.
Berterusan sehingga Ahad
Menerusi laporan Sinar Harian, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan menjelaskan, keadaan cuaca berkenaan dijangka akan berterusan sehingga Ahad ini.
Pada sebelah petang ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat termasuk kawasan pedalaman.
Suhu dijangka menurun sehingga 23’c sepanjang hari.
Cuaca di Negeri Sembilan
Selain itu, hujan diramal turun pada sebelah pagi di kawasan pantai dan ribut petir pada sebelah petang di beberapa tempat sekitar Negeri Sembilan.
Pada sebelah malam pula cuaca diramal baik tanpa hujan dengan suhu 31’c
Walaubagaimanapun, untuk ketiga-tiga negeri tiada amaran ribut petir menyeluruh dikeluarkan.
Sumber: Sinar Harian