Rezeki, ajal, jodoh dan maut semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Sebagai seorang muslim, kita dituntut supaya melakukan kebaikan sebagai bekalan ke hari akhirat kelak. Di Facebook, Mr Wan Cai Official menceritakan pengalaman dipermudahkan urusan menguruskan jenazah seorang lelaki mualaf.
Katanya, mereka mengambil masa hanya dua jam bermula dari mengambil jenazah di bilik mayat, proses memandikan dan solat. Malah sehingga ke tanah perkuburan, hujan yang lebat tiba-tiba berhenti.
Jenazah tiada waris
Sekadar gambar hiasan
Terkesan saya sewaktu mengiringi jenazah lelaki mualaf ini ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam ini. Masakan tidak. Ketika hendak bergerak dari bilik wakaf hujan turun sepanjang jalan. 8 orang rakan saya turut ikut bersama untuk menemani jenazah dari bilik wakaf..
4 rakan lagi dari Shah Alam sudah menunggu di tanah perkuburan hadir untuk menyambut kedatangan jenazah. 2 dari 4 rakan yang tunggu di tanah perkuburan datang dengan menaiki motosikal kerana baru habis berkerja di sekitar Shah Alam biarpun hujan..
Terkesannya saya apabila hampir tiba di tanah perkuburan. Hujan tiba tiba berhenti seperti memberi laluan kepada kami yang sedang membawa jenazah tiada waris ini. Walhal sebelumnya hujan agak lebat..
Setiba di tanah perkuburan tiada langsung kelihatan air hujan yang turun. Air pun tiada yang bertakung di dalam liang lahad untuk jenazah mualaf ini. Kuasa allah swt..
Biarpun tiada seorang waris yang kelihatan memberi penghormatan terakhir. Allah gantikan dengan perkara yang lebih baik untuk di lihat oleh kami semua. Sebenar kami tahu Allah menghantar kami untuk membantu arwah. Allah juga menghantar kami untuk menemani arwah hingga ke kubur menggantikan ahli keluarga asalnya.
Dua jam sahaja
Sekadar gambar hiasan
Dari apa yang saya lihat. Biarpun sewaktu hidup arwah melalui ujian ujian yang berat. Sewaktu kematiannya Allah gantikan dengan sesuatu perkara yang lebih baik. Ini kerana sebelum di kebumikan lagi sudah terlihat..
Selepas berada di alam baru siapa tahu bagaimana pula nikmat syurga yang bakal allah sajikan untuk saudara baru kita itu? Dari awal mengambil jenazah hingga di kebumikan pun saya sendiri sudah perasan. 2 jam sahaja masa yang di perlukan untuk urus jenazah saudara baru kita ini. Dari mula kami ambil di bilik mayat. Kami bawa ke bilik wakaf untuk lalui proses mandi kafan dan solat. Sehingga lah arwah selamat di kebumikan. Pengurusan jenazah ini berjalan dengan cepat dan mudah..
Jenazah di bawa turun ke liang lahad pun 2 rakan kami yang berbaju hijau bantu sambut. Lihat sahaja dalam gambar yang saya kongsikan di bawah. Bukti arwah tidak berkeseorangan di hari terakhirnya dari alam dunia menuju ke alam kubur. Semua perkara berjalan semudah a b c. Percaya atau tidak itu terpulang ya. Tetapi kami yang menguruskan jenazah dapat lihat dengan mata kami sendiri.
Setelah hampir 3 bulan menunggu
Sekadar gambar hiasan
Segala urusan Allah mudahkan sebaik baiknya. Cuma di kubur tadi saya ada terfikir. Bagaimana pula pengakhiran kita suatu hari nanti jika di takdirkan ajal maut datang menghampiri. Sedih juga rasanya bila tiada seorang pun ahli keluarga yang mengambil tahu saat kita sudah mati. Dan bila lihat jenazah itu tadi keseorangan. Terbayang pula seolah olah itu adalah jenazah saya sendiri..
Perkongsian tentang apa yang saya sendiri lalui hari ini lebih kepada untuk muhasabahkan diri. Mungkin perkongsian saya ini boleh di ambil sebagai iktibar untuk anda juga. Amalan kita di dunia menentukan hala tuju kita sama ada memilih untuk ke syurga atau ke neraka. Banyakkan membuat kebaikan selagi kita di beri peluang untuk bernafas di atas dunia..
Tidak terlambat untuk kita membetulkan apa yang salah. Berhijrah dari melakukan perkara yang mungkar kepada perkara yang di redhai. Apapun amanah yang Allah swt beri kepada kami sudah pun kami tunaikan. Tarikh kematian arwah yang tercatit di dalam permit kematian ialah pada 10 februari 2020..
Setelah hampir 3 bulan menunggu. Saudara baru seislam kita iaitu arwah Mohamad Najib Bin Abdullah 39 tahun akhirnya dapat di semadikan di rumah baru yang lebih kekal dan tenang..
Al-fatihah!
Sumber : Mr Wan Cai Official