berita

‘Hujung Pisau Pemotong Sayur Terkena Pada Saluran Darah Utama’ – Polis

October 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, viral kisah mengenai seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas dipercayai tertusuk pisau yang dilempar oleh kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Johor Bahru.

Artikel berkaitan: Bergaduh Berebut Tempat Duduk, Remaja Lelaki Maut Tertusuk Pisau Dibaling Kakak

Pendarahan pada saluran darah

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, remaja tersebut maut disebabkan pendarahan yang banyak pada saluran darah utama. Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, laporan tersebut diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA), hari ini.

Tambah Rahmat, pendarahan berlaku akibat hujung pisau pemotong sayur dibaling kakak mangsa terkena pada arteri di bahagian kanan leher mangsa.

Sebab kematian mangsa adalah kerana satu tusukan pisau dan hujung pisau itu terkena pada saluran darah utama (arteri) menyebabkan pendarahan yang banyak.

Ujar Rahmat, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sejurus insiden berkenaan dan pisau pemotong sayur itu sudah dirampas. Di samping itu, tiada kecederaan lain ditemui pada mangsa.

Berikutan daripada kes tersebut, kakak mangsa yang berusia 18 tahun ditahan reman enam hari bagi membolehkan siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×