Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat ramai orang menghias kubur keluarga mereka yang telah meninggal dunia seperti dibina binaan disekeliling kubur dengan batu marmar yang cantik atau meletakkan batu nisan yang mahal harganya dan lain-lain. Namun adakah perbuatan ini dilarang Islam? Ini jawapannya..
Haram pembinaan kubur marmar adalah haram
Di Facebook seorang individu pertikaikan mengenai hal ini memandangkan masih ada umat Islam yang tidak peka mengenai perkara ini yang sudah lama menjadi perbincangan ahli agama.
Sewaktu berjalan untuk ke kuburan ayah kawan saya, keadaan sangat payah untuk melangkah kerana laluan agak sempit. Kenapa sempit? Sebab waris-waris mementingkan keselesaan mereka buat kepok-kepok lebar dengan set tempat duduk mereka.
Malah menurut individu ini lagi, ada kubur siap dibina berbentuk L shape untuk senang mereka duduk. Lebih sedih apabila dia hampir terpijak kubur yang tiada binaan kerana ditenggelami dengan kubur yang gah.
Dengan buat kepok gah dan selesa mata memandang untuk si waris tapi tiada ganjaran untuk yang dibawah. Tiada faedahnya. Percayalah setiap tindak tanduk kita akan dipertanggungjawapkan di masyar Allah nanti…ambil bahagian orang lain itu akan dihisab di hadapan Allah …nauzubillah..
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, membina kubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya adalah makruh.
Namun, pembinaan kubur dengan batu marmar dan seumpamanya adalah haram. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah SAW di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syarak serta unsur-unsur kemegahan dan kebanggaan yang dicela oleh agama.
Haram jika niat berhias
Dalam pada itu, menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum membuat binaan atas kuburan adalah bida’ah yang dilarang melainkan kerana bimbang akan dipijak atau digali oleh haiwan buas maka diharuskan oleh setengah fuqahak dengan syarat. Namun binaan tersebut haruslah tidak ditanam ke pasir serta ringan supaya mudah dialihkan ketika perlu.
Nak cantikkan kuburan mak ayah boleh tapi tanam la rumput-rumput karpet ke atau nak kreatif ambil batu-batu sungai. Letak disekelilingnya dengan sumber yang tiada pembaziran dan boleh dialihkan. Tak wajib tapi cukup la sekadar ada. Paling penting kena selalu ziarah dan bersihkan kuburan mak ayah kita. Inn sha Allah.
Selain itu, hukum mengecat kubur seperti nisannya dengan pelbagai warna dengan tujuan perhiasan adalah dilarang melainkan cat warna putih dengan tujuan supaya nampak bersih dan tidak dengan tujuan berhias.
Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Idrus, Amina Jasmin