berita

Hulk Hogan Kahwin Kali Ketiga Pada Usia 70 Tahun

September 25th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Ikon terkenal World Wrestling Entertainment (WWE), Hulk Hogan telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada usia 70 tahun pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita 19 Tahun Bahagia Kahwini Lelaki 53 Tahun

Hulk berkahwin

Memetik laporan NDTV, Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea memilih guru yoga yang berusia 45 tahun sebagai isteri baharunya yang bernama Sky Daily.

Dikatakan, perkahwinan mereka berlangsung sebulan selepas Hulk melamar Sky dengan sebentuk cincin pertunangan berlian enam karat yang bernilai AS$ 100,000 (RM468,500).

Difahamkan, upacara perkahwinan mereka diadakan secara ringkas hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Sekadar info, Hulk Hogan mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan bersama bekas isteri pertamanya, Linda Hogan iaitu Brooke, 35 dan Nick berusia 33 tahun.

Pada 2010, Hulk berkahwin untuk kali kedua bersama Jennifer McDaniel dan berakhir dengan penceraian pada 2021.

Sumber: NDTV

SKIP THIS AD ×