berita

[VIDEO] Isteri Dedah ‘Sisi Gelap’ Arwah Suami Di Sebalik Lembut & Penyayang – ‘Saya Harap Kita Tak Berjumpa Lagi’

October 6th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Tular di TikTok sebuah video yang memaparkan perkongsian tentang seorang isteri memiliki suami yang berperwatakan sopan namun mempunyai sisi gelap di sebalik itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Boleh Mengandung Kerana Cyst, Suami Sanggup ‘Menipu’ Demi Perasaan Isteri – ‘Aku Beritahu Keluarga Aku Mandul’

Tidak kenal ahli keluarga suami

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik akaun tersebut menceritakan semula coretan yang dikongsikan seorang wanita yang digelar sebagai Sue mengenai dirinya bersama arwah suami.

Berdasarkan kisah tersebut, Sue meluahkan rasa syukur pada awalnya kerana dikurniakan suami yang baik dan penyayang sepanjang tujuh tahun perkahwinannya itu.

Saya dah dua kali berkahwin dan tak ada anak. Perkahwinan pertama cuma dua minggu. Saya ditalakkan melalui telefon kerana bekas suami nak balik kepada bekas tunangnya.

Perkahwinan kedua, saya jadi balu. Sepanjang berkahwin selama tujuh tahun, alhamdulillah, suami baik dan penyayang.

Tidak lama selepas itu, suaminya dimasukkan ke ICU dan ditidurkan kerana penyakit pneumonia.

Dikatakan, Sue tidak pernah berjumpa saudara atau sepupu suaminya itu dan hanya mengetahui bahawa suaminya sebatang kara serta mempunyai dua orang cahaya mata perempuan.

Selama saya kenal suami, dia sebatang kara kerana anak tunggal. Dia cuma ada anak perempuan bersama bekas isterinya. Saya tak pernah jumpa dengan anak tiri saya. Saya tahu dia ada mak saudara dan sepupu. Tapi tidak pernah kenal mereka.

Sisi gelap suami

Gambar sekadar hiasan

Setelah di masukkan ke ICU, doktor mendesak Sue untuk mencari ahli keluarga suaminya. Kemudian, dia bertindak menceroboh aplikasi WhatsApp dan memuat naik status mengenai keadaan suaminya itu.

Sebaik saya post, bertalu-talu mesej dan call masuk. Rupanya suami saya ada empat beradik dan ada dua anak lelaki. Suami saya pernah berkahwin dua kali sebelum berkahwin dengan saya. Suami juga ada perempuan simpanan.

Suatu hari, Sue berjaya membuka kata laluan telefon suaminya dengan sekali percubaan sahaja. Alangkah terkejutnya apabila Sue melihat galeri dan mesej bersama wanita simpanan suaminya yang pernah datang melawat di ICU namun dihalang oleh sekuriti.

Saya selongkar album dan mesej suami, hancur hati saya. Seharian badan saya menggigil. Gambar dan video suami bersama perempuan simpanan dia penuh dalam galeri.

Selepas saya bertenang menonton video mereka bersama selama satu jam itu. Berbakul sumpah seranah saya bagi kepada perempuan itu. Dia hanya meminta maaf. Sehingga kini saya masih simpan telefon arwah suami.

Selepas kejadian itu, Sue masih menziarahi suaminya yang seperti mayat hidup dengan membantu membasuhkan anggota badannya. Namun tidak lagi membacakan Al-fatihah dan surah Yasin seperti sebelumnya.

Saya bersihkan suami saya, telinga, kuku dan dan badanya yang penuh dengan wayar. Sebelum balik, saya bisik pada telinga suami dan pegang tangan dia. Saya minta maaf sepanjang saya jadi isterinya dan minta halal makan minum. Akhir sekali, saya cakap saya ampun segala dosa dia kepada saya dan saya harap kita tak berjumpa lagi.

Keesokan harinya, Sue dikhabarkan suaminya telah nazak dan meninggal dunia tidak lama selepas itu jam 10.10 malam pada hari lahirnya hari Isnin.

Namun, apa yang menganggumkan ialah, anak lelaki suaminya tidak berdendam sama sekali terhadap bapanya malah mengimamkan solat jenazah walaupun bapa mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Saya tenang uruskan jenazahnya dengan bantuan abang ipar, biras dan adik-beradik. Saya dapat berjumpa dengan anak tiri saya. Semakin sebak bila anak lelaki suami saya imamkan doa solat jenazah.

Tak percaya yang suami saya tergamak buat saya dan anak-anak kerana keperibadian suami saya yang lemah lembut dan penyayang. Tak sangka suami ada sisi gelap yang lain.

Tapi anak-anak tiri saya tidak berdendam dengan bapa mereka, saya bangga dengan mereka kerana mak mereka didik dengan baik tanpa kehadiran seorang bapa disisi mereka.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemilik kisah tersebut kerana memiliki kesabaran yang tinggi serta mendoakan agar menemui kebahagiaan.

Mereka juga berkongsi pengalaman dan pandangan serta menasihati para wanita agar berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan lelaki yang mempunyai perwatakan lembut dan baik.

Video

@dj_nazz ? original sound – DJ Nazz

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×