Pelakon Hun Haqeem meluahkan hasrat untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.
Artikel Berkaitan: Andy Teh Dapat Tawaran Beraksi Dalam Filem Hong Kong, Akui Susah Nak Bertutur Dialek Kantonis
Artikel Berkaitan: ‘Saya & Isteri Memang Nak Zuriat Dalam Masa Terdekat’ – Fadlan Hazim
Langkah pertama teroka bidang perniagaan
Ketika temu bual bersama OhBulan!, Hun berkata, dia sudah mempunyai beberapa perancangan ke arah itu. Oleh sebab itu juga, dia mula menyediakan platform kepada orang ramai untuk terbabit dalam seni mempertahankan diri.
Saya dan Andy Teh (pelakon) memang ada berbincang fasal hal ini dan salah satu impian kami adalah menganjurkan pertandingan MMA membabitkan selebriti tempatan.
Memandangkan kami baru saja menyediakan platform dengan membuka pusat sukan yang memfokus kepada MMA dan kelas lagak ngeri di Elitez Mont Kiara, Kuala Lumpur dan secara tidak langsung ingin mengajak lebih ramai orang aktif dalam sukan.
Malah baru-baru ini juga pelakon Indonesia, Randy Pangalila baru menjuarai satu pertandingan sukan tinju dan harapnya rakyat Malaysia juga dapat memberi sokongan apabila dianjurkan nanti.
Disoal siapakah antara selebriti yang ingin dia bertarung di gelanggang sekiranya pertandingan itu benar-benar menjadi kenyataan, Hun berkata, Andy adalah salah seorang daripada selebriti itu.
Berbicara lebih lanjut, Hun turut meluahkan rasa terharu apabila Andy sudi menerimanya sebagai rakan kongsi pusat sukan Elitez Mont Kiara.
Ini adalah langkah pertama saya dalam meneroka bidang perniagaan berkaitan sukan dan rugi rasanya kalau saya tidak menimba pengalaman daripada Andy.
Saya sebenarnya suka melihat rakyat Malaysia mengamalkan corak kehidupan yang sihat dan ini adalah satu cara untuk saya merealisasikan hasrat saya itu.
Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya mengenai keadaannya selepas melakukan pembedahan ligamen ACL sekitar tahun lalu.
Ujar Hun, dia tidak lagi menanggung kesakitan dan mampu berjalan seperti biasa selepas melakukan pembedahan tersebut. Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy turut berkata, dia tidak menyangka kecederaannya segera pulih selepas pembedahan berkenaan.
Amat mengejutkan apabila hari ini, iaitu selepas satu tahun menjalani pembedahan, saya mampu berjalan seperti biasa. Jujur saya katakan, rawatan fisioterapi yang saya lakukan selepas pembedahan sebenarnya membantu sepanjang proses pemulihan.
Saya yakin, dengan disiplin, fizikal kita mampu menjadi lebih kuat, lebih-lebih lagi selepas pembedahan.