berita

Dakwa Hutang RM200K Dari Tahun 1997 Belum Dibayar, Influencer ‘Sumpah’ Anak Atta Halilintar Dilahirkan Cacat?

September 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Nama Youtuber terkenal dari Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah sekali lagi menjadi buah mulut netizen selepas ada seorang influencer tampil menuntut hutang daripadanya.

Artikel Berkaitan: 3 Bulan Kunci Mulut Lepas Isteri Alami Keguguran, Atta Halilintar Umum Bakal Timang Cahaya Mata

Lebih mengejutkan apabila individu terbabit didakwa tergamak ‘menyumpah’ anak dalam kandungan Aurel dilahirkan cacat.

Dakwa ibu Atta pinjam RM200k

Memetik laporan Tribunnews, individu yang dikenali dengan nama Savas telah tampil menerusi satu video dan meminta Atta membayar hutang keluarganya yang berjumlah hampir RM200,000. Individu berkenaan mendakwa hutang tersebut merupakan hutang yang dipinjam pada tahun 1997 oleh ibu Atta iaitu Lenggogeni Faruk daripada seorang individu yang dikenali dengan nama Umi Afif.

Tidak terhenti di situ, Savas memerli Atta agar Aurel tidak melahirkan anak yang cacat dek perbuatan mereka yang tidak melangsaikan hutang.

Jangan lupa langsaikan hutang ibunya ke Umi Afif. Semoga anaknya tak dilahirkan cacat ya.

Dakwa Atta, dia langsung tidak tahu mengenai hutang yang dimaksudkan Savas malah dia juga seakan tidak percaya dengan khabar angin tersebut.

Saya tak tahu, tak kenal. Hutang apa, saya tidak tahu. Saya dari kecil diajar supaya jangan berhutang.

Minta keluarga Atta ‘sumpah laknat’

Sementara itu, Atta meminta agar pihak Savas menyediakan bukti untuk menunjukkan sama ada benar keluarganya ada berhutang ataupun sebaliknya. Meskipun begitu, Savas pernah mendakwa bahawa tidak mempunyai sebarang bukti mengenai hutang terbabit kerana wang yang diberikan adalah secara tunai dan tanpa ada hitam putih.

Berikutan daripada itu, Savas meminta agar keluarga Atta melakukan ‘sumpah laknat” dan pihak yang terbukti bersalah pasti akan mendapat balasan daripada Tuhan.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×