Buat mereka yang sememangnya pendengar setia stesyen radio Hot FM, pasti akan sedia maklum bahawa wanita ini memang petah bercakap. Keletahnya sering kali menjadi penghibur tatkala memandu, lagi pula kalau jammed.
Namun, dalam diam rupanya Leya kini sedang hamil lagi! Maknanya bayi ini bakal menjadi anak ketiganya selepas melahirkan kembar Aza Ameena dan Asha Ameena daripada hasil perkahwinannya yang lalu.
Berkongsi perasaan teruja, Leya memberitahu bahawa dia dijangka bakal melahirkan bayinya pada tanggal 9 Januari tahun hadapan.
Sharifah Aleya dan 2 orang anaknya, Asha dan Aza
“Alhamdullilah, Saya rasa sangat teruja. Daripada belum mengandung lagi pun saya dah berangan macam-macam. Leya cakap dengan suami nak pantang di rumah sendiri. Jadi bila dah mengandung dan pertama kali duduk di rumah sendiri, perasaan itu sangat berbaloi.”
Apabila ditanya adakah dia mendapat layanan istimewa daripada suaminya Muhammad Azam Abdullah atau lebih mesra dipanggil Miko, ini jawapannya:
“Sebenarnya tiada beza layanan yang diberikan kepada saya. Sebab saya rasa macam dah lama kenal dia. Jadi tiada masalah. I am a princess at home.
Anak-anak pun cukup teruja nak dapat adik. Cuma kami bukan jenis yang nak mengumumkan berita ini. Ya. Ia benda baik, tapi biarlah ia disahkan terlebih dahulu. Sama juga lah macam situasi saya nak nikah dulu.”
Tahniah diucapkan buat Leya & Miko. Kami doakan agar pasangan ini akan memperoleh anak yang sihat dan comel. Mana tahu kalau dapat kembar lagi ke kan? Seronoknya!
Kredit foto: Instagram Sharifah Aleya