berita

‘I Know I’m Still A Bad Boy’ – Caprice Jumpa Ustaz Ebit Belajar Solat Taubat

February 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Sering mengikuti perkembangan antara satu sama lain di Instagram, penyanyi, Caprice akhirnya bertemu dengan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew di sebuah masjid. Pertemuan yang dirancang oleh Caprice itu bertujuan untuk mempelajari cara menunaikan solat taubat yang betul sebelum dia berlepas ke London.

Solat taubat

Sesiapa kenal caprice lama, i hate flying. Every time sebelum nak fly, caprice akan buat solat taubat. 300% i know im still a badboii. I got too many dosa. Pergh, too many. But i also know 300% caprice sentiasa usaha untuk bantu ummah melalui the apps yang caprice try bina and through our jihad in education. Its never too late to taubat. Its only too late when youre no longer alive. Kita kene sentiasa rapatkan saf, perform our ibadah, and sentiasa hijrah no matter who we are or where we are in life. Today i randomly dm @ebitlew tak sangka terus reply! Syukur Alhamdulillah, thank you so so much for your time. I cannot thank you enough. InsyaAllah i pray tuhan balas balik jasa baik ustaz. Doa for me a safe flight to London and back to KL. For the ummah. For the country. For my fellow Malaysians. Salam.

Menerusi Instagram Caprice, dia meluahkan perasaan tidak gemar untuk melancong mahupun menaiki kapal terbang. Tambahnya, jika dia terpaksa terbang juga, perkara pertama yang dia akan lakukan ialah solat taubat walaupun dia seorang budak jahat. Sebagai manusia, Caprice mengakui banyak melakukan dosa dan sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan demi membantu umat Islam yang lain.

Di samping itu, Caprice turut berkongsi perbualannya bersama Ustaz Ebit Lew di mana dia meminta ustaz tersebut untuk mengajarnya solat taubat. Perasaan bersyukur dan ucapan terima kasih jelas diucapkan oleh Caprice sebaik sahaja Ustaz Ebit Lew sudi meluangkan sedikit waktu dengannya. Dia turut berdoa agar Allah membalas jasa baik ustaz itu. Caprice turut memaklumkan bahawa dia akan ke London selama 7 hari dan tidak akan aktif di media sosial buat sementara waktu.

Baik sangat orangnya

https://www.instagram.com/p/B8gI30fFW06/?igshid=1hitlzv3qwn8s

Menerusi Instagram Ustaz Ebit Lew pula, dia memuat naik satu video berserta kapsyen sewaktu berjumpa dengan Caprice. Menurutnya, dia sangat sebak apabila berbincang dengan Caprice tentang betapa pentingnya dakwah dalam menyatukan semua orang Islam. Tambahnya, sebagai manusia kita hanya perlu redha daripada Allah. Selain itu, Ustaz Ebit turut memberitahu bahawa Caprice seorang yang sangat baik dan mempunyai sifat rendah diri. Sering mengikuti perkembangan masing-masing di Instagram, Ustaz Ebit berharap ramai anak muda di luar sana menjadikan Caprice sebagai idola untuk berdakwah suatu masa nanti.

Sumber: Caprice & Ustaz Ebit Lew

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×