berita

‘I Might Not Have Cancer Tapi.. ‘ – Rakan Berjaya Harungi Kanser, Ini Nasihat Nazim Othman

February 27th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Beberapa tahun yang lalu, pelakon Nazim Othman pernah disahkan mempunyai tumor di dalam kepala yang memerlukannya menjalani pembedahan. Walaupun telah sembuh sepenuhnya daripada penyakit tersebut, sehingga ke hari ini Nazim masih lagi trauma.

Di Instagram semalam. Nazim memuat naik video meraikan seorang pengarah yang telah berjaya mengharungi kanser tahap 2. Nazim juga menasihati cancer survivor supaya tabah kerana tiada yang mustahil dengan kuasa Allah SWT.

Hari kemenangan untuk pengarah, sembuh kanser tahap 2

I might not have cancer, tapi otak pernah digerudi

2 tahun lepas, pengarah #dramamonalisa , @ucheefukada was diagnosed with stage 2 cancer. Dengan rawatan , dia dapat bekerja semula… walaupun belum pulih 100% . Ada masanya dia nampak lemah kat lokasi shooting sebab kesan ubat, tapi dia teruskan jugak bekerja. She’s such a strong person. Saya panggil dia Wonder Woman. Selepas 2 tahun, dengan ubat-ubatan dan beberapa sesi kemoterapi , hari ni doktor sahkan yang sel-sel kanser dalam badan dia dah mati, sepenuhnya. Alhamdulillah… we’re soooo happy for her too… syukurlah.

Kepada sesiapa yang diberikan ujian kesakitan; bersabar, banyakkan berdoa dan redha lah . Dapatkan rawatan sewajarnya; sesungguhnya Allah datangkan ujian sebesar ini kerana Dia sayangkan kita. Jangan sesekali dipersoalkan kenapa kita yang dipilih untuk sakit. I might not have cancer, tapi pada tahun 2015, tengkorak saya digerudi, otak saya dikorek doktor untuk mengeluarkan tumor yang bersarang. 6 biji skru titanium tertanam dalam kepala saya sampai saya mati. Parut kekal kat kepala saya sepanjang 7cm adalah bukti bahawasanya, untuk kita yang diuji, harapan masih ada , dan kesembuhan itu adalah keajaiban. Stay strong, fighters! 

Sumber : Instagram nazimothman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×