berita

‘I Rasa I Tak Lama Sayang, Get Ready’ – Pesanan Terakhir Mangsa COVID-19 Sebelum Meninggal Dunia

March 28th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Penularan wabak COVID-19 sehingga mengorbankan 26 nyawa setakat ini telah mencetuskan kebimbangan ramai pihak. Sebahagian besar kes kematian melibatkan golongan berusia dan mempunyai penyakit kronik. Walaubagaimanapun, bagi kes kematian ke-24, mangsa yang berumur 35 tahun dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac 2020.

Memetik laporan Harian Metro, isteri Allahyarham Mohd Fairos berkata, kali terakhir dia berjumpa suami adalah pada 18 Mac di Wad Saringan Hospital Kuala Lumpur ketika ujian saringan dijalankan.

Abang minta maaf

Isteri arwah, Aiza Syafinaz Shahak berkata lagi, suami ada memberikan pesanan terakhir sebelum meninggal dunia.

Abang minta maaf, jaga diri baik-baik, I (saya) rasa I tak lama sayang, get ready (bersedia).

Pada 19 Mac dia ada menghubungi menerusi panggilan video dan berpesan supaya saya menjaga diri kerana dia mungkin perlu dikomakan sebelum melalui proses intubasi.

Itulah kali terakhir dia menghubungi saya sebelum menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta saya bersedia dengan segala kemungkinan.

Menceritakan dengan lebih lanjut, arwah ada mengadu sukar untuk bernafas dan keadaan di wad panas. Tidak pasti bagaimana suami dijangkiti wabak, Aiza mengaku mereka ada bercuti ke Bandung Indonesia pada 9 sehingga 12 Mac lalu.

Arwah ingin mati sebagai negarawan

Saya sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh dijangkiti Covid-19, sebelum ini memang kami ada bercuti di Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu.

Tetapi sebelum bercuti dia memang mengalami demam dan sudah membuat pemeriksaan di klinik.

Aiza yang masih dalam tempoh kuarantin sehingga 31 Mac memberitahu suami adalah seorang pegawai polis yang berdedikasi.

Dia tidak pernah menolak arahan pihak atasan, dia juga pernah beritahu dia ingin mati sebagai negarawan.

Hari dia meninggal dunia semalam adalah Hari Polis yang ke-213. Jiwa dia memang sangat mendalam dalam bidang kepolisan.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Rawang dengan bantuan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dihadiri beberapa ahli keluarga terdekat.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×