berita

‘I Said Yes’ – Ayda Jebat Terima Lamaran Nabil Mahir, Siap Tayang Cincin Lagi!

March 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing, pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat akhirnya menerima lamaran teman lelakinya, Nabil Mahir yang juga merupakan pengacara hiburan di salah sebuah stesen televisyen di Malaysia.

‘She said yes’

Berita gembira itu dikongsikan oleh Ayda di laman Instagram miliknya dengan memuatnaik gambar bersama Nabil sambil menunjukkan cincin lamaran yang diterima sempena hari jadinya yang ke-28 pada 17 Mac (Selasa).

Tidak cukup dengan itu, menerusi kapsyen yang ditulis Ayda dia memberitahu bahawa lamaran tersebut merupakan satu hadiah yang paling berharga buatnya.

The best birthday gift ever. I said yes.

Sementara itu, Nabil Mahir turut berkongsi momen bahagia itu di Instagram miliknya. Nabil juga tidak ketinggalan memuatnaik gambar ‘selfie’ bersama kekasih hatinya.

She said yes.

Tahniah Ayda

Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat tidak lepaskan peluang dengan mengucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli ini.

Mereka juga turut meluahkan rasa gembira dan tidak sabar menanti hari bahagia Ayda dan Nabil.

Sumber: Ayda Jebat, Nabil Mahir

SKIP THIS AD ×