Hasrat seorang wanita Mexico untuk mengelilingi dunia terhenti apabila dia ditemui mati dirogol dan dibunuh. Wanita berusia 25 ini memilih Costa Rica sebagai negara pertama untuk dijelajahi namun semuanya berakhir selepas seminggu memulakan pengembaraan.
Keratan akhbar mengenai kes pembunuhan ini viral di Twitter dan orang ramai bersimpati dengan nasib yang menimpanya. Tidak kurang juga yang menasihati pelancong solo wanita agar sentiasa berhati-hati.
Sila berhati-hati
Wherever u go, whoever u r with, whatever u do….
Please be careful !!!! pic.twitter.com/bVevwTx8iE— faqih_bote (@syedmohdfaqih) August 26, 2018
Mendapat lebih 4k retweet, kisah tragis penyanyi dan penulis lagu dari Mexico ini mendapat perhatian netizen. Mereka mendakwa Costa Rica sememangnya terkenal dengan sebuah negara yang mempunyai kes jenayah yang tinggi. Oleh itu, pelancong dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati sekiranya berniat mahu ke negara ini.
Kepada pelancong solo wanita Malaysia
Bercakap melalui pengalaman, wanita yang sudah mengembara ke 26 buah negara secara solo dan berkumpulan ini juga menasihatkan pelancong agar berpakaian tidak terlalu menonjol dan mewah. Ini untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Sumber : Hannah , syedmohdfaqih