berita

‘I Yang Pregnant Pun Rasa Ngeri’ – Netizen Tegur Ain Edruce ‘Ligat’ Menari Ketika Hamil

January 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebut sahaja nama Ain Edruce, sudah pasti korang terfikir mengenai perwatakannya yang ceria dan ‘gila-gila’ ketika mengendalikan sesebuah program mahupun akaun Youtubenya sendiri. Meskipun sudah berbadan dua, Ain kelihatan aktif dan sering memuat naik beberapa rakaman video mahupun foto mengenai aktiviti harianya di media sosial.

Terbaru, Ain menerima pelbagai nasihat dan teguran daripada netizen selepas video dia menari dan berjoget di aplikasi TikTok mendapat perhatian ramai.

Mak buyong ni

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan ‘baby bump’ Ain yang sudah berusia lebih lima bulan itu. Namun, Ain kelihatan masih aktif dan cergas seperti biasa malah, masih boleh menari dan berjoget menghiburkan peminatnya.

Baik-baik kak Ain

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata peminat memberi nasihat agar Ain sentiasa berhati-hati dan mengelakkan melakukan perkara yang boleh membahayakan nyawa bayi dalam kandungannya.

Sumber: Ain Edruce

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×