Kumpulan IAmNeeta menerusi satu kenyataan memaklumkan mereka sudah tidak mempunyai kaitan dengan pengurus dan bekas syarikat rakaman.
Artikel Berkaitan: Mya Herry Dakwa Syarikat Pengurusan Bagi Bayaran Tak Sampai RM1.5k – ‘Kalau Tak Boleh Jual Kenapa Susah Nak Lepaskan?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Takkan Nak Makan Pasir’ – Hasif Upin Dakwa Pihak Pengurusan Suruh Kosongkan Rumah Sewa Dalam Tempoh 10 Hari
Timbul salah faham & masalah
Menerusi kenyataan tersebut, mereka menjelaskan bahawa Becky dilantik oleh bekas syarikat rakaman mereka iaitu NAR Records.
Hai semua, peminat dan rakan-rakan yang dihargai. Selamat Tahun Baru 2025! Kami mulakan tahun ini dengan semangat yang baru, positif, jujur, dan komitmen untuk terus menjaga kepercayaan anda semua iaitu peminat dan rakan kerjasama kami.
Oleh demikian, ada satu perkara penting yang ingin kami perjelaskan. Mantan pengurus kami, “Becky” (Intan Nur Lyana binti Zulkepli),yang dilantik oleh bekas label kami NAR Records, telah bertindak melakukan beberapa salah nyataan keatas perwakilan kami, yang tidak kami ketahui sebelum ini. Ini menyebabkan salah faham dan masalah kepada beberapa pihak berkepentingan. Kami memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkesan dengan situasi ini.
Susulan daripada itu, IAmNeeta tidak lagi berkait dengan NAR Records dan Becky.
Apa-apa urusan berkaitan IAMNEETA, sila hubungi wakil sementara kami, Mike, di ?+60 16?268 8914? (klik link di bio kami). Sekiranya terdapat apa-apa maklumat tentang urusan lalu melibatkan Becky, kami sangat galakkan anda untuk berkongsi terus dengan kami. Kami berharap dapat menyelesaikan apa-apa isu bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi.
Kepada semua peminat, kasih sayang korang adalah kekuatan kami. Kepada rakan-rakan kerjasama, sokongan dan kepercayaan korang sentiasa buat kami terus bersemangat.2025 adalah tahun baru untuk kami bina semula, berkembang, dan eratkan hubungan dengan korang semua. Ambil yang jernih dan buang yang keruh. Harapan kami untuk terus fokus pada apa yang buatkan kita gembira.
Kenyataan rasmi
Sumber: IAmNeeta