Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Hari Raya Aidiladha. Hasil keputusan dan semakan semula, kerajaan telah membuat keputusan untuk menghadkan jumlah lembu.
Setiap kawasan ibadah korban seperti masjid, surau dan tempat yang mendapat kebenaran pihak kerajaan tidak boleh melebihi 10 ekor lembu. Tambah beliau, ia bergantung kepada keluasan kawasan ibadah korban juga.
Boleh diadakan selama empat hari
https://www.youtube.com/watch?v=nwM3muOZO8o
Kerajaan juga menggalakkan sembelihan dibuat di pusat sembelihan. Hanya 20 orang dibenarkan untuk seekor haiwan. Mengenai jamuan makan dan kenduri pula tidak dibenarkan ketika melakukan ibadah sembelihan. Hanya makanan yang sudah dibungkus sahaja dibenarkan. Waktu ibadah korban boleh diadakan selama empat hari. Cuma, oleh kerana Hari Raya Aidiladha jatuh hari Jumaat, maka digalakkan korban dilakukan hari kedua, ketiga dan keempat.
Mengenai jamuan di rumah, pengunjung tidak boleh melebihi 20 orang pada satu masa. Bagi individu yang menjalani proses kuarantin, mereka dilarang untuk keluar dari rumah, ke masjid mahupun beraya di mana-mana rumah.
Pihak polis juga akan berada di lapangan dan tempat sembelihan. Mereka akan memantau segala pergerakan masyarakat. Sop yang dikeluarkan ini juga boleh dipakai oleh mana-mana negeri. Di Sarawak khususnya di Kuching, kerajaan telah meluluskan untuk menhadkan pergerakan masyarakat.
Sumber: Buletin TV3