berita

Ibu Alami Depresi Mandikan Anak Dengan Air Panas, Biar Anak Menderita Selama Sejam Sebelum Pura-Pura…

December 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang ibu telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas disyaki sengaja mencurahkan air panas ke atas tubuh badan anak kandungnya sehingga meninggal dunia. Lebih mengejutkan apabila mengetahui suspek tergamak melihat mangsa menderita dan menanggung sakit hampir satu jam.

Curah air panas

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, insiden ngeri ini telah berlaku di rumah suspek yang terletak di England sekitar bulan Mac yang lalu. Suspek yang dikenali dengan nama Katie Crowder bertindak mencurahkan air panas ke atas bayinya yang berusia 19 bulan ketika dia berada di dalam kolam.

Berikutan daripada itu, mangsa telah menangis dan menanggung kesakitan yang teramat sangat. Walaupun melihat mangsa berada dalam keadaan menderita namun suspek langsung tidak mengendahkannya. Malah dia sengaja melengahkan dan tidak meminta pertolongan daripada sesiapa. Namun sekitar satu jam kemudian, barulah suspek berlari menuju ke rumah ibu bapanya yang terletak di kawasan berhampiran.

Konon tak tahu apa-apa

Dia mengetuk pintu dan dengan wajah yang panik dia memberitahu ibu bapanya keadaan anaknya itu, ‘Dia dah mati, dia dah mati’. Ibu suspek kemudian bertanya kepada anaknya itu apa yang dia sudah lakukan. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila suspek menafikan kononnya dia tidak tahu apa-apa.

Malah suspek juga memberitahu pihak polis dia hanya menemui bayi itu sudah terbaring di sebelah baldi berisi air panas yang diletaknya di dalam bilik air ketika ‘membersihkan’ kekotoran yang dilakukan oleh anak anjingnya.

Penjara seumur hidup

Difahamkan, tubuh badan mangsa telah melecur hampir 65% dan disahkan meninggal dunia. Pihak berkuasa juga menemui dadah jenis kokain dalam sistem badan suspek. Selain itu, pakar psikiatri juga mendakwa suspek memang mengalami masalah depresi dan mental.

Sementara itu, suspek akhirnya telah ditahan oleh pihak polis berhubung kes pembunuhan itu dan telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Suspek mesti menjalani hukuman sekurang-kurangnya 21 tahun sebelum dia boleh dipertimbangkan untuk dibebaskan.

Sumber: Mirror UK, Daily Mail

SKIP THIS AD ×