Seorang pengguna media sosial mendoakan ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah agar kuat menghadapi ujian yang melanda dirinya dan keluarga ketika ini.
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Tenang Dicaci & Disamakan Dengan Binatang, ‘Petik’ Fasal Balasan Di Padang Mahsyar – ‘Teruskanlah Jika Ini Buat Bahagia’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Fake Macam Awak, A Revenge Is Always A Dish Best Served Cold’ – Sarah Yasmine
Mohon maaf
Menerusi perkongsian di Instagram, individu tersebut berkata, ujian yang diberikan kepada Siti Hafizah sekeluarga merupakan tanda mereka disayangi Allah.
Semoga puan (Siti Hafizah) kuat menghadapi ujian ini. Allah uji tanda Allah sayang dan mahu mengangkat darjat puan sekelaurga.
Hari ini kita diuji dan kita sempat muhasabah diri dan perbaiki apa yang patut agar menjadi lebih baik. Yang memaki hamun risau tak sempat nak mohon maaf, ajal menjemput.
Dalam hantaran sama, individu berkenaan berkata dia juga dahulu pernah menyimpan rasa marah dengan tindakan Aliff, namun berasa tidak adil untuk menilai dan menghukum seseorang yang tidak dikenali.
Saya dulu juga pernah ada rasa marah pada Aliff dan puan yang sentiasa ada di belakang Aliff. Tetapi bila difikirkan balik, tidak adil untuk berperasaan begitu berdasarkan penilaian dalam media sosial.
Dan tidak adil menunding jari pada salah orang, sedang diri sendiri juga banyak khilaf. Maafkan saya puan.
Saya kagum puan menjadi ibu yang sangat kuat. Moga terus diberikan kekuatan yang kuat.
Sementara itu, Siti Hafizah menerusi ruang kapsyen meluahkan rasa syukur kepada Ilahi dan memohon maaf bagi pihak anaknya.
Allah ilhamkan insan yang hebat ini menulis kepada saya. Sesungguhnya Allah Maha Baik. Kami juga memohon maaf atas kekhilafan anakanda kami yang menyinggung perasaan.
Insya-Allah kami akan terus nasihat dan mendoakan anakanda kami hingga kami menutup mata.
Sumber: Instagram