Anak perempuan kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Ara Adreanna menyambut ulang tahun kelahiran ke empat pada 18 Julai.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Mahu Buat ‘Comeback’, Nak Dapatkan Semula Tubuh Badan Kekar & Bicep Besar
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Syukur Anak Tidak Berniat Jahat, Suruh Fokus Bidang Nyanyian – ‘Jangan Pandang Belakang Lagi’
Birthday Ara
Bersempena hari bermakna itu, ibu Aliff iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan istimewa buat cucu tercinta.
Birthday wish untuk cucu tercinta saya, Ara Adreanna. Sanah Helwa buat cucu Umi Wan (Hafiza) dan Tok Ayah (Aziz), Ara Adreanna yang sangat kami rindui.
Masya-Allah alhamdulillah. Ara awak sudah berusia empat tahun hari ini.
Umi wan, tok ayah, daddy, aunty Aisyah dan aunty Ain doakan Ara panjang umur menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.
Hafiza menitipkan ucapan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Hafiza mendakwa dia sudah lama tidak berjumpa dengan Ara dan akan berusaha untuk bertemu dengannya.
Walaupun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ara sehingga hari ini, kami tak akan berhenti berusaha untuk jumpa kerana awak sebahagian dari darah daging kami.
Sekadar info, Ara Adreanna merupakan anak kedua hasil perkahwinan Aliff Aziz dengan Bella Astillah.
Aliff dan Bella pernah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun bercerai pada 13 Jun lalu.
Selain Ara, mereka juga memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean, 7.
Sumber: Instagram