Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafizah tidak terasa hati dengan komen seorang pengguna media sosial yang menyamakan dirinya dengan haiwan.
Artikel Berkaitan: Setiap Hari Terima Beratus DM Maki Hamun, Ibu Aliff Aziz Anggap ‘Cybertroopers’ Seperti Lembu Dicucuk Hidung
Artikel Berkaitan: 2 Bulan ‘Menghilangkan Diri’, Ibu Aliff Aziz Kembali Kongsi Kata-Kata Islamik – ‘Allah Beri Ketenangan Kepada Kami’
Doakan netizen diberkati
Menerusi hantaran di Instagram, Siti Hafizah sebaliknya mendokan kehidupan individu yang mengeluarkan kata-kata kesat dan hinaan terhadapnya itu diberkati Allah.
Alhamdulillah, teruskan lah jika ini (memaki) membuat anda bahagia. Kami tetap mendoakan Allah berkati anda sekeluarga.
Salam buat ibu dan ayah anda kerana pastinya mereka sedih jika membaca kata-kata anda ini. Saya yakin, mereka adalah insan yang baik.
Dalam pada itu, Siti Hafizah turut menyebut mengenai balasan di hari akhirat terhadap mereka yang bertindak memaki hamun keluarganya.
Mudah-mudahan di padang mahsyar kelak apabila di depan Allah orang yang anda sanjung tanpa mengenal siapa dia sebenarnya dan bersungguh memaki hamun kami hanya untuk memuaskan hati, dia akan dapat membantu anda. Insya-Allah.
Sementara itu, Siti Hafizah turut berkongsi tangkapan skrin layar memaparkan mesej berbentuk hinaan yang diterima daripada seorang pengguna media sosial.
Dalam mesej tersebut, individu itu menyamakan Siti Hafizah dengan haiwan berkaki empat iaitu anjing.
Oi pukim**! Kau dengan keturunan kau memang perangai macam anjing kan? Pakai tudung tapi perangai macam anjng. Dasar perempuan pukim**.
Patutlah anak perangai macam anjing, rupanya mak dia pun anjing rupanya. Mak dia pun perangai macam binatang.
Pergi mampuslah kau anak-beranak. Entah-entah anak kau si Aliff tu dah kena HIV! Dasar Singaporean binatang.
Sumber: Instagram