berita

Ibu & Anak Berkomplot Buat Bisnes ‘Jual Mayat’, Siap ‘Curi’ Gigi Emas Si Mati!

July 8th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita berusia 45 tahun bakal dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun selepas mengaku bersalah kerana menjual mayat semata-mata untuk meraih keuntungan.

Ibu dan anak berkomplot

Memetik laporan The Guardian, suspek iaitu Megan Hess yang mengendalikan rumah pengebumian bersama ibunya, Shirley Koch telah mengambil mayat dari tahun 2010 hingga 2018, mereka kemudian berbohong kepada keluarga si mati kononnya jasad tersebut telah dibakar sebelum memberikan sebuah balang yang berisi abu palsu (campuran konkrit)  kepada waris si mati sebagai ganti.

Hess dan ibunya mengenakan bayaran sebanyak $1,000 (RM4,428) setiap pembakaran mayat yang sememangnya tidak pernah berlaku itu. Wang tersebut kemudian digunakan Hess untuk pergi bercuti bersama keluarga di taman tema Walt Disney World.

Penjara 20 tahun

Menurut laporan, Hess dan ibunya telah menjual kepala, lengan, tulang belakang dan kaki kepada beberapa insitusi untuk tujuan penyelidikan perubatan. Mereka memindahkan mayat tersebut kepada pihak ketiga tanpa persetujuan ahli keluarga atau waris si mati. Lebih mengerikan lagi Hess tergamak mengekstrak dan menjual gigi emas milik si mati.

Namun ada sesetangah keluarga hanya bersetuju untuk mendermakan sebahagian sahaja sampel si mati seperti bahagian kulit dan tumor untuk penyelidikan dan bukannya keseluruhan badan seperti yang dilakukan Hess.

Susulan daripada itu, Hess dijangka dijatuhkan hukuman pada Januari manakala ibunya, Koch yang mengaku tidak bersalah dijangka menghadiri perbicaraan pertukaran pengakuan pada 12 Julai ini.

Sumber: The Guardian

SKIP THIS AD ×