Sekadar gambar hiasan
Di Rawang, Selangor dua beranak ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di rumah mereka di Kampung Baru Kundang, semalam.
Ditemui meninggal dunia
Sekadar gambar hiasan
Ujar Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed menerusi laporan Harian Metro, pihaknya telah menerima maklumat mengenai insiden tersebut pada jam 10.17 pagi.
Siasatan awal mendapati mangsa pertama adalah seorang wanita warga emas berusia 71 tahun, manakala mangsa kedua adalah lelaki berusia 35 tahun.
Hubungan kedua-dua mangsa berkenaan adalah ibu dan anak kandung.
Jelas Zainal lagi, siasatan awal yang dilakukan di tempat kejadian dan pemeriksaan pada kedua-dua mayat mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Mayat dua beranak ini telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk ditemui. Barang peribadi milik kedua-dua mangsa seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di lokasi kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi.
Dalam pada itu, orang awam yang mempunyai maklumat mengenani kejadian ini boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kundang, Sarjan Mejar Azhar Wan Ariffin di talian 03-60341222 atau 019-9997233.
Sumber: Harian Metro