berita

‘Ibu Bangga Sebab Tanpa Seorang Suami Ibu Berjaya Lakukan Semua Ini Untuk Anak-Anak’ – Fasha Sandha

April 24th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Fasha Sandha, satu nama besar dalam industri seni tanah air dan umum mengetahui bahawa dia memegang status sebagai seorang ibu tunggal dengan dua orang anak. Banyak kisahnya memberi inspirasi kepada masyarakat yang memegang status sama untuk bangkit demi anak-anak.

Terbaru, Fasha sekali lagi memberi contoh yang baik kepada warga maya melalui kisahnya memenuhi keperluan anak-anak dengan hasil usahanya sendiri.

‘Nasib ada ruang lagi dalam bilik ibu..’

https://www.instagram.com/p/Bh7p066gUvA/?taken-by=fashasandha

Fasha memulakan perkongsiannya dengan kisah mengenai permintaan anak lelakinya untuk memiliki katil dan bilik sendiri. Video tersebut telah ditonton lebih 37k peminatnya di Instagram.

‘Bersyukur sebab ada kawan-kawan..’

Dia juga tidak lupa meluahkan rasa syukur kerana memiliki rakan-rakan yang sentiasa ada disampingnya saat susah senang dan bersuka duka. Fasha juga bangga kerana mampu memenuhi keperluan anak-anak dengan hasil usaha sendiri.

‘Walau tak sehebat lentera deco, kira lulus la kan’

Dia berharap agar satu hari nanti anaknya dapat melihat apa yang telah dihasilkannya walaupun dekorasi yang dihasilkan tidaklah sehebat mana-mana pereka hiasan dalaman.

‘Hebat macam wonder women’

Rata-rata peminat memuji kehebatan pelakon berbakat besar ini dalam menempuh cabaran sebagai seorang ibu tunggal. Tak kurang juga yang turut sama berkongsi kisah mereka diruang komen.

Kredit: Fasha Sandha

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×