
Ibu bapa serta adik-beradik kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz hadir ke pementasan teater muzikal lakonannya iaitu Mansur & Liu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Orang Nak Komen Tak Mengapa, Saya Ada Tanggungjawab Yang Lebih Besar’ – Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: M.Nasir Yakin Aliff Aziz Miliki Kriteria Lengkap Jayakan Teater ‘Mansur & Liu’ – ‘Dia Pelakon Kedua Paling Tampan Di Malaysia’
Sokong Aliff

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Siti Hafizah memuat naik foto bersama dua anak perempuannya iaitu Aisyah Aziz dan Ain Aziz, di hadapan poster teater tersebut.
Dalam masa yang sama, Hafizah juga menyifatkan keluarganya sebagai insan penting yang sentiasa menyokong Aliff.
Bersama mereka, MasyaAllah.
Penyokong kuat Aliff, dalam susah dan senang.
Seusai persembahan, Hafizah juga memuat naik foto mereka menikmati makan malam di sebuah restoran bersama anak sulungnya itu.
MasyaAllah, my heart and soul. Alhamdulillah.
Untuk info, Mansur & Liu diarahkan oleh maestro muzik Datuk M.Nasir yang turut menampilkan pelakon-pelakon seperti Melinda Dadew, Amerul Affendi, Arena Wan, Brian Chan, Fadhli Masoot, Taqim Zaki, Sherry Alhadad, Hazama dan Ruzana Ibrahim.
Teater ini dipentaskan pada 10 September hingga 20 September ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Sumber: Instagram








