Adik kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin yang dibunuh pada Disember tahun lalu kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Bapa Zayn Rayyan Dibebas Dengan Jaminan, Dibenarkan Ikat Jamin RM20,000
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Sebarang Pengakuan Salah Sebaliknya Memberikan Keterangan Kepada Majistret’ – Peguam Mahmud
Adik Zayn Rayyan dijaga JKM
Memetik laporan Harian Metro, pihak JKM sebelum ini telah hadir ke rumah keluarga yang menjaga adik Zayn di Puncak Bestari dan telah dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan.
Perkara itu turut disahkan Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim di mana terdapat keperluan untuk pihak JKM melakukan perkara itu.
Bagaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil.
Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.
Walau bagaimanapun, pasangan suami itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan dibebaskan dengan jaminan.
Sumber: Harian Metro