berita

Ibu Bapa Didakwa Bunuh Anak Sendiri Sebab Biarkan Anak Obesiti Teruk

March 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: The Sun

Sebelum ini, media melaporkan seorang gadis dikenali Kaylea Louise Titford, 16, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Newton, Powys, United Kingdom pada 10 Oktober 2020.

Ibu bapa didakwa membunuh anak sendiri

Foto: The Sun

Terbaru menerusi laporan Daily Mail, ibu bapa kepada gadis ini Sarah Lloyd-Jones, 39, Alun Titford, 44, didakwa membunuh anak perempuan mereka dengan membiarkan dia (Kaylea) menjadi obes dan telah dihadapkan ke mahkamah di Britain.

Pasangan suami isteri ini dituduh gagal memastikan keperluan anak mereka dipenuhi sehingga menyebabkan anak mereka mengalami masalah obesiti yang teruk.

Bercerita lebih lanjut, mereka turut didakwa gagal memastikan Kaylea mendapat senaman yang secukupnya dan berada dalam keadaan yang bersih serta tidak mendapatkan bantuan perubatan yang diperlukan.

Mengalami pelbagai masalah kesihatan

Foto: The Sun

Pasangan ini akan dihadapkan ke Mahkamah Diraja Mould pada 14 April 2022 dan pendakwa raya, Helen Tench meminta kedua-dua defendan untuk kekal dengan jaminan bersyarat dan tidak berhubung dengan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

Terdahulu, Kaylea dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan dan banyak berada di atas katil berikutan tidak dapat bergerak.

Sumber: The Sun & Daily Mail

SKIP THIS AD ×