Antara siri animasi kanak-kanak paling popular, Peppa Pig yang baru-baru ini menampilkan watak baharu iaitu pasangan lesbian, telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa.
Adegan bercium pasangan sejenis
Meskipun itu, media di beberapa negara barat melaporkan adegan pengenalan watak lesbian itu sebagai satu fenomena yang bakal ‘memecah’ norma dalam siri animasi kanak-kanak.
Minggu lepas, siri Peppa Pig memperkenalkan adegan bercium-ciuman antara pasangan sejenis yang dianggap mampu memberi pengaruh negatif dalam kalangan kanak-kanak.
Dalam satu tinjauan di laman Twitter oleh portal Meaww, beberapa pengguna tampil menyelar pengenalan karakter baru itu, dan berkata bahawa ianya satu perkara yang tidak perlu.
Ini pengakhiran untuk fenomena Peppa Pig, memalukan. Ini bukan pendidikan. – @NickBuckleyMBE
Pengenalan yang jijik daripada Peppa Pig. Saya perlu memberi penjelasan kepada anak saya yang berumur 4 tahun mengapa karakter ini ada 2 ibu. – @XrachealCoxX
Rata-rata ibu bapa di Malaysia pula kecewa dengan pengenalan karakter berkenaan kerana siri tersebut mampu mengajar kanak-kanak berbahasa Inggeris, namun kini tidak dapat dipertontonkan lagi.
Sangat tidak perlu. Semua cerita nak di-LGBT nampaknya. Tiada lagi Peppa Pig untuk anak-anak. – @shafiq1409
Kenapa Peppa, kenapa? Peppa Pig adalah siri untuk belajar berbahasa Inggeris. – @faralizz
Sumber: meaww.com, Twitter