berita

Ibu Bapa Keluar Bekerja, Anak ‘Seludup’ Rakan Masuk Rumah, Kantoi Bila Dah Berbadan Dua

November 12th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tidak dapat dibayangkan betapa hancurnya hati ibu bapa apabila kepercayaan dikhianati begitu sahaja. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sanggup melakukan perbuatan terkutuk ketika ibu bapa keluar bekerja.

Berkongsi dengan lebih lanjut, pusat perlindungan wanita hamil, Baitus Solehah mendedahkan si pelaku merupakan rakan sebaya di sekolah dan laporan polis sudah dibuat memandangkan kes melibatkan remaja bawah umur.

Waktu siang, mama papa bekerja

Saya temubual remaja ini bagaimana boleh mengandung. Remaja ini jujur menceritakan di depan waris. Sebelum ini waris tidak mampu untuk bertanya. Mereka masih dalam keadaan terkejut apabila mendapati anak tunggal yang mereka tatang bagai mutiara telah mengandung.

“Boleh ceritakan di mana kejadian berlaku?”
“Kawan tu datang rumah. Waktu pkp, tak pergi sekolah. Mama dan papa kerja”
“Bila kali pertama melakukannya?”
“Di rumah mama. Waktu siang”
“Ada buat selain dari rumah mama?”
“Takde”
“Adakah setiap kali kawan datang, melakukan persetubuhan?”
“Ya. Sebab takde sesiapa di rumah”
“Ada buat selain waktu siang?”
“Ada”
“Bila tu?”
“Waktu malam”
“Kalau malam mama dan papa ada kat rumah, macam mana tu?”
“Masa tu papa dan mama dah tidur. Kawan mesej bagitahu dah sampai depan gate dalam pukul 1.00 pagi. Saya buka gate dan pintu, terus kawan masuk dalam bilik tidur”
“Mama tak pernah masuk bilik tidur kamu?”
“Tak”
“Mama pernah cek telefon kamu?”
“Tak”

Anak sunyi & bosan di rumah

Sekadar gambar hiasan

Di dalam borang profile, pertanyaan kekerapan melakukan persetubuhan. Jawapan adalah lebih 10 kali. Betapa remuk hati mama dan papa mendengar pengakuan anak ini. Sebelum ini mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada anak. Anak sentiasa di rumah. Tidak ke mana mana. Anak sunyi dan bosan keseorangan di rumah. Dan kawan lelaki ambil kesempatan.

Rakan sebaya satu sekolah aja. Memang mama dan papa kenal. Sebab tu tak menyangka sanggup menodai anak mereka. Sudah sekali mencuba, ia menjadi biasa apabila tidak pernah terperangkap dan tertangkap. Memang licik melakukan kerja. Namun sekali sperma dan telur tersenyawa, habis la tak boleh sorok dah tubuh yang kian mengembang.

Kenapa saya dedahkan cerita ini untuk membuka minda dan fikiran emak emak di luar sana, waktu pkp keluar bekerja, sekolah cuti, anak ada di rumah. Hati-hati ya. Ada duit pasang cctv. Walaupun rumah di kawasan yang ada security, belum ada jaminan tidak ada orang luar tak boleh menyelinap masuk. Biarlah menyesal dahulu, keluar sedikit duit untuk memastikan keselamatan anak-anak di rumah ketika emak ayah tiada di rumah.

Opah Cucu Seribu,
Mak Liza
#SelamatkanDuaJiwa

Sumber: Baitus Solehah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×