berita

Ibu Bapa Maut Akibat Covid-19, Kanak-Kanak 7 Tahun Pikul Tanggungjawab Jaga Adik Baru Lahir

June 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di India, seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun terpaksa menjaga adik lelakinya yang baru lahir secara sendirian. Menerusi laporan India Times, kisah menyayat hati ini berlaku setelah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat COVID-19.

Disahkan positif Covid-19

Difahamkan, mendiang bapa kepada kanak-kanak tersebut bernama Kamales. Manakala, ibu mereka bernama Smita. Kedua-duanya merupakan pejuang COVID-19 yang meninggal dunia kerana virus tersebut. Sewaktu disahkan positif COVID-19, Smita sedang hamil 9 bulan dan telah dirawat di pusat COVID SCB Medical di Cuttack.

Setelah 7 hari dalam rawatan, Smita selamat melahirkan anak keduanya yang negatif COVID-19. Namun begitu, dia dilaporkan meninggal dunia setelah genap seminggu melahirkan bayi tersebut. Sedih selepas pemergian si isteri, Kamales membawa anak-anaknya pulang ke kampung dan menyerahkan mereka kepada abangnya iaitu Debasis serta kakak iparnya supaya boleh membantu mengawasi mereka.

Selepas menghantar anak-anaknya, Kamalesh melakukan ujian calitan COVID-19 dan keputusannya disahkan positif selepas dua kali menjalani ujian tersebut. Kamalesh ditempatkan di ICU selama dua minggu, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Hilang tempat bergantung

Rata-rata netizen tersentuh melihat anak kecil itu dan adiknya. Menurut netizen, tidak sampai sebulan kedua-dua mereka menjadi anak yatim piatu. Mereka turut mengenang nasib bayi yang baru lahir tersebut kerana tidak pernah mengenali kedua orang tuanya.

Menerusi video yang dikongsi oleh KNews Odisha, wajah anak kecil itu kelihatan sedih namun, terpaksa menghiburkan adiknya yang masih bayi itu.

Sumber: India Times

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×