berita

Ibu Bapa Positif Covid-19, Dayah Bakar Mohon Doa Orang Ramai – ‘Anak Mana Yang Tidak Ralat …’

August 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pengacara Dayah Bakar, 32, akui berasa ralat apabila tidak dapat bersama ibu dan ayahnya yang sedang berperang melawan virus Covid-19 memandangkan dia kini berada di Canberra, Australia.

Ayah dekat ICU

Menerusi perbualan Whatsapp kepada OHBULAN!, Dayah memberitahu bapanya iaitu Abu Bakar Johar dan ibunya, Halimatul Kamaliah Abdul Rahim, 68, disahkan positif pada minggu lalu.

Kata Dayah, bapanya kini sedang mendapatkan rawatan di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah perubatan di Selangor manakala ibunya sudah sembuh dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Ayah dan mak saya disahkan positif Covid-19 pada minggu lepas.

Buat masa ini, ayah saya masih lagi di ICU dan mak sudah pun dibenarkan keluar dari hospital tapi mak masih lagi dalam pemantauan dan jalani kuarantin di rumah sambil dijaga oleh kakak ipar saya.

Anak mana yang tidak ralat jika tidak dapat bersama dengan mak ayah di waktu yang sangat memerlukan.

Mampu video call saja

Tambah pemilik nama Nur Hidayah Abu Bakar, dia memantau perkembangan ibu bapanya dengan membuat panggilan video memandangkan dia jauh di perantauan.

Dalam pada itu, anak bongsu daripada lima beradik ini memohon agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan orang tuanya.

Dalam waktu sekarang, yang termampu saya buat adalah melakukan video call dan berdoa agar kedua ibu bapa tersayang saya cepat sembuh.

Saya juga memohon kepada kalian agar mendoakan kesembuhan buat ibu bapa saya dan semua rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak ini.

Sebelum ini, Dayah ada memuat naik hantaran berkongsi berita duka mengenai ibu bapanya di Instagram (IG).

Pada Januari lalu, Dayah berhijrah mengikut suaminya, Kapten Muhammad Hanif yang bertugas sebagai pegawai tentera di luar negara. Dayah dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 29 Jun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri berusia setahun.

 

Sumber: Instagram @dayahbakar

SKIP THIS AD ×