berita

Ibu Bapa Wajibkan Semua Anak Buat ‘Loan’ RM50k Balas Jasa, Anggap Derhaka Jika Enggan

March 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa sangat dituntut dalam agama kerana mereka sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan anak-anak membesar dengan sempurna. Namun, wujud segelintir ibu bapa yang mengharapkan pengorbanan mereka dibalas dengan wang ringgit sehingga kadang kala membebankan anak-anak.

Artikel Berkaitan: Dua Beradik Dilema Terpaksa Kerja Tanggung ‘Biawak Hidup’, Bapa Asyik Minta Duit Nak Pergi ‘Dating’ Dengan Skandal

Artikel Berkaitan: Didera Sejak Kecil, Ibu Angkat Paksa Pula Buat Loan Bayar ‘Ganti Rugi’ Besarkan Sejak Kecil

Artikel Berkaitan: Suami ‘Durjana’ Bagi Ubat Tidur Semata-Mata Nak ‘Bersama’ Dengan Isteri Sedang Berpantang

Anak buntu desakan ibu bapa

Sekadar gambar hiasan

Seperti luahan seorang individu menerusi mesej kepada personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter, menceritakan kedua ibu bapanya mewajibkan setiap anak membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50k sebagai membalas jasa mereka.

Salam Tuan. Saya ada persoalan dan sedikit luahan. Bagi orang lain hari gaji adalah hari dinantikan, tapi sebaliknya bagi saya. Setiap bulan hari gaji mesti akan jadi isu.

Ujar individu ini lagi, kakak dan abangnya juga telah membuat pinjaman seperti mana yang dimahukan dan turut memintanya berbuat demikian. Namun, atas faktor-faktor tertentu dia tidak dapat memenuhi kehendak tersebut ditambah pula kos sara yang tinggi di ibu kota.

Sedangkan saya tak mampu nak komitmen tinggi sebab bila kira gaji saya tolak komitmen semua tinggal +-35 ringgit je belum campur sakit demam.

Ada keluarga dan komitmen

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, individu ini akui dia tidak mampu untuk membuat pinjaman peribadi berikutan masih mempunyai komitmen pinjaman pelajaran, kereta dan sudah bekeluarga.

Tapi jujur saya tak mampu kerana saya pun masih ada hutang PTPTN.

Namun ibu bapa seolah tak dapat terima dan menganggap saya tak kenang budi. Ada satu tahap ibu cakap saya tak dapat anak sebab saya bagi duit bulanan 200@300 je sebulan.

Menerusi ruangan balas, rata-rata wargamaya memberikan kata-kata semangat kepada individu ini dan meminta supaya dia berbincang terlebih dahulu bersama kedua ibu bapanya.

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya

SKIP THIS AD ×