Pihak pembelaan memaklumkan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai anak, Zayn Rayyan yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
Artikel Berkaitan: Mahmud Jumaat Tarik Diri Mewakili Ibu Zayn Rayyan – ‘Saya Bukan Peguam Sesuai Untuk Kes Ini’
Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Baru Dibebaskan, Adik Zayn Rayyan Kini Dijaga JKM Selangor
Mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
Foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, ia termasuk permohonan supaya Jabatan Peguam Negara (AGC) menyemak semua kes tersebut.
Selepas meneliti semua dokumen daripada pihak pendakwaan, kami akan hantar dokumen berkaitan kepada AGC dalam masa terdekat.
Susulan itu, saya harap mahkamah menetapkan tarikh lain untuk keputusan representasi, sebelum perbicaraan kes bermula.
Hakim, Dr Syahliza Warnoh kemudian menetapkan 6 Disember depan untuk keputusan representasi terbabit.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datin Kalmizah Salleh, sebanyak tiga salinan dokumen termasuk laporan syarikat telekomunikasi, forensik telefon bimbit dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah diserahkan kepada pihak pembelaan.
Jadi saya mohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan yang mana kami akan memanggil seramai 15 saksi untuk memberi keterangan.
Sementara memetik laporan Utusan, Fahmi mendakwa selain diugut ketika ditahan reman berkaitan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, ibu bapa Zayn Rayyan turut berdepan pelbagai tekanan dan manipulasi dalam usaha mendapatkan pengakuan bersalah mereka.
Laporan terhadap siapa, kami tidak boleh dedahkan di sini kerana ia akan didedahkan pada perbicaraan nanti. Cuma kami harap siasatan dibuat bagi memastikan perkara (yang didakwa) itu selain untuk membersihkan nama anak guam kami.
Hingga kini kedua-duanya tidak dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan. Laporan telah dibuat dan mereka juga telah mendedahkan nama pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini.
Jelasnya lagi, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka namun hingga kini tiada maklumat yang diterima berkaitan perkembangan siasatan.
Sumber: Sinar Harian, Utusan Malaysia