Menerusi Kelab Ibu Hamil di Facebook, seorang wanita kongsi pengalaman sedih anak baru dilahirkan meninggal dunia selepas mengalami beberapa komplikasi saat bersalin. Lebih menyedihkan apabila wanita ini sudah menunggu hampir 6 tahun zuriat anak keempat namun Allah lebih menyayanginya.
Tiada denyutan jantung
Saat itu memang terlalu sakit untuk melahirkan. Maklumlah sudah 6 tahun jarak baby dengan kakaknya. Pelbagai perasaan semua ada tika itu ,tanda pun sudah keluar, tiba saja ke dewan bersalin terus check bukaan dan tika itu sudah 6cm bukaannya.
Daku dikerumuni para nurse dan doktor, check denyutan jantung baby, bacaan jantung baby sangat lemah tika itu. Doktor suruh tukar ke scan, pindah katil sebelah, doktor yang bertugas telefon doktor pakar. Aku lihat keadaan sangat kelam kabut, didalam hati apakah yang bakal terjadi, sebagai orang muslim zikir menjadi peneman.
Menurut wanita ini, keadaan begitu cemas sehingga dua tiga orang doktor pakar turun memantau keadaannya untuk bersalin namun ketika itu dia masih belum tahu. Dalam hatinya hanya mampu berdoa sehinggalah terdengar seorang doktor memberitahu bayi ‘heart burn’. Saat itu merupakan saat kritikal kerana dia sedang sakit kontraksi untuk bersalin namun doktor memberitahu denyutan bayi tiada.
Allah saja yang tahu perasaan aku waktu itu. Doktor panggil suami dan berbincang supaya aku di emergency operate, suami pun setuju dan bacaan BP aku tika itu terus tidak stabil, 190/110 dan turun naik tingginya .Doktor beri borang dan aku sign, kemudian aku ditolak ke dewan operate jam 0130am.
Apidural sebanyak 7 kali baru aku rasa kebas, dan terus tidak sedarkan diri. Aku rasa lama sangat czer kali ni, tepat jam 0220am babyku lahir tanpa sebarang tangisan, nurse tepuk bahuku supaya aku terjaga dan nurse dukung babyku dan kulihat putih gebu tembamnya dia. Aku diletakkan didalam bilik CCU labour room 24jam untuk pemantauan rapi.
Ibu tak kuat
Pagi itu ku kira dalam 10 orang jamaah doktor mengerumiku, salah seorang bertanya,”Puan,tau ke berat baby berapa? Aku menjawab”tak tahu doktor” Dia beritahu bahawa baby aku lahir seberat 6kg dan untuk pertama kalinya di hospital ini terima baby 6kg. Aku semacam tidak percaya kerana 2minggu sebelum itu aku scan anggaran berat baby dalam 2.57kg, cepat kau membesar ya wahai anak.
Waktu aku betul-betul sedar apabila suamiku datang dalam jam 1230pm untuk menyerahkan keperluanku, suamiku kata baby telah selamat dikebumikan disebelah pusara abahku. Syukur dipermudahkan urusanmu wahai wildan firdausi ibu ayah. Selama aku 5 hari aku berada didalam wad, para doktor dan nurse baik-baik dan sentiasa beri nasihat dan semangat untuk aku kuat hadapi dugaan ini.
Doktor mengesahkan bayi dilahirkan meninggal dunia sejurus dikeluarkan. Wanita ini tidak dapat menahan sebak berpantang tanpa anak disisi namun suaminya terus memujuk untuk bersabar terima ujian ini.
Allah merancang semuanya, semoga ada hikmah disebalik semua kejadian ini. Hari ini genap 86 hari pemergianmu. Ibu baru ada kekuatan untuk ziarah pusaramu. Akan tetapi untuk membelek-belek bajumu ibu belum betul-betul kuat. Ayah simpan rapi peralatanmu dengan kemas. Al-fatihah buat wildan firdausi ibu ayah, Muhammad Syamil Hazwan Bin Mohd Jamil.
Sumber : Yantee Ikhsan