Foto: Utusan Malaysia
Seorang wanita yang ditemui maut dengan kesan tikaman pada leher dipercayai ‘mengamuk’ kerana enggan memakan ubat yang dibekalkan pihak hospital.
Artikel Berkaitan: Pisau Terpacak Di Leher, Ibu Berpantang 36 Hari Ditemui Mati Bawah Katil
Mangsa mengamuk tak nak makan ubat
Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, mangsa yang masih dalam tempoh berpantang telah mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Mangsa kemudian diberikan dua jenis ubat Zolpidem untuk merawat ‘Anxiety’ dan Fluvoxamine (merawat insomnia). Namun, mangsa dipercayai menjerit-jerit dan enggan memakan ubat yang diberikan itu.
Mangsa kemudiannya mengambil pisau di dapur dan berlegar-legar di sekitar rumah sambil memegang pisau tersebut. Salah seorang adiknya merampas pisau itu dan menyembunyikan senjata tersebut di sebelah rumah mereka yang merupakan tempat untuk membuat kuih.
Namun tidak lama selepas itu, mangsa ditemukan terbaring di bawah katil dengan kesan tikaman pada leher. Ibu mangsa kemudian mencabut pisau sepajang 16 sentimeter itu sebelum mangsa dibawa ke hospital. Mangsa disahkan meninggal dunia disebabkan pendarahan teruk pada bahagian lehernya.
Siasatan lanjut mendapati, mangsa bertindak menikam dirinya sendiri dengan sebilah pisau pemotong sayur.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dibedah siasat dan siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.