Pendakwah bebas, Firdaus Wong berkongsi kisah seorang warga emas yang menerima hidayah ketika di usia 101 tahun.
Artikel Berkaitan: Firdaus Wong Dakwa Tok Kadi ‘Buli’ Pengantin, Ugut Nak Batalkan Pernikahan – ‘Kalau Tak Puas Hati, Suruh Mereka Nikah Di Pejabat Agama Je’
Artikel Berkaitan: Firdaus Wong Sentap Dengar Kisah Individu Peluk Islam – ‘Kemalangan Dua Kali, Penumpang Belakang Ma*i Tapi Saya Hanya Jari Luka’
Terima hidayah pada usia 101 tahun
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Firdaus atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung berkata, dia dihubungi oleh seorang sahabat untuk membantu mengislamkam ibunya.
Ujarnya, usaha itu mengambil masa selama bertahun-tahun sehingga ibu kepada individu yang dikenali sebagai Dato Mohd Daud Leong itu menerima agama Islam.
Seorang warga emas berusia 101 tahun telah memeluk Islam sebentar tadi di Shah Alam.
Saya dihubungi sahabat saya yang merupakan seorang peguam, Dato Mohd Daud Leong untuk membantu mengislamkan ibunya.
Setelah bertahun-tahun lamanya Dato Mohd Daud Leong berdakwah kepada ibunya, akhirnya dia bersetuju untuk menerima Islam.
Dalam pada itu, Firdaus menanyakan jika keputusan warga emas terbabit merupakan satu paksaan atau kerelaan dari hati
Tiada paksaan. Saya sendiri mahu masuk Islam.
Imbas kembali
Berkongsi lebih lanjut, Firdaus memahami reaksi anak kepada warga emas itu yang terharu dengan keputusan ibunya setelah selesai diislamkan.
Selesai saja syahadah, Dato Mohd Daud Leong terus peluk dan cium ibunya.
Saya faham perasaan itu. Seolah-oleh saya mengimbas kembali pada tahun 2019 ketika mengislamkan ibu saya sendiri.
Dalam pada itu, Firdaus sempat mengingatkan bahawa agama Islam bukan satu paksaan.
Sebagai pendakwah, dia hanya mampu menyebarkan kebenaran sehabis baik.
Sumber: Facebook Firdaus Wong Wai Hung