berita

Ibu Bunuh Anak 4 Tahun, Simpan Mayat Dalam Bonet Selama 5 Hari Sebelum Paksa Anak Lain Tanam Mangsa

June 21st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia empat tahun akhirnya terjawab selepas pihak polis menemui mayat Miegellic Jelli yang ditanam di belakang rumahnya. Lebih mengejutkan apabila mengetahui pembunuhan kejam itu dilakukan oleh ibu kandung mangsa.

Paksa berdiri selama 3 hari

Foto: New York Post

Memetik laporan New York Post, kejadian ngeri itu dipercayai berpunca kerana suspek Malikah Bennet berusia 31 tahun berang selepas anak kandungnya membuang air besar di dalam seluar. Oleh itu, suspek yang berasal dari Amerika Utara ini nekad untuk memberi ‘pengajaran’ kepada anak perempuannya, Miegellic Jelli. Sebelum melakukan perkara kejam itu, suspek tergamak mendera Miegellic dengan mengurungnya di bilik dobi selain memaksanya berdiri selama tiga hari berturut-turut tanpa makan dan minum.

Berikutan daripada itu, mangsa yang mengalami keletihan telah terjatuh dan kepalanya terhantuk pada pintu sebelum tidak sedarkan diri. Suspek cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa tetapi sayangnya sudah terlambat. Panik dengan situasi tersebut, suspek kemudian membungkus mayat anaknya itu menggunakan beg plastik hitam dan diletakkan di dalam bonet keretanya selama lima hari.

Simpan mayat dalam bonet kereta

Foto: Daily Star

Tidak terhenti di situ, suspek juga selamba memandu kereta tersebut ke kedai meskipun mayat Miegellic berada di dalamnya. Selepas selesai membeli penyodok, dia kemudian menggali satu lubang di belakang rumah ibunya, Tammy Teylor Moffet. Lebih mengejutkan apabila suspek meminta salah seorang anak perempuannya yang lain berusia 13 tahun untuk mengangkat mayat Miegellic untuk dicampak ke dalam lubang terbabit sebelum ditanam.

Selepas melakukan perkara terkutuk itu, suspek menganggap ianya sudah berkahir dan dia juga telah meneruskan kehidupannya seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. Tetapi ternyata tanggapannya itu salah kerana penduduk setempat mula tertanya-tanya tentang keberadaan Miegellic. Bimbang sesuatu berlaku, mereka membuat laporan polis. Pihak polis segera menjalankan siasatan dan melakukan pencarian kehilangan Miegellic.

Paksa anak tanam mayat mangsa

Foto: The Sun

Ibu mangsa (suspek) menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu sebenarnya anak perempuannya itu sudah dihantar ke rumah keluarga yang lain pada bulan Ogos tahun lalu. Tetapi berdasarkan waran tangkap, ada seorang lelaki mendakwa suspek pernah memberitahunya bahawa Miegellic sudah mati. Selepas pihak polis menggeledah rumah suspek, mereka akhirnya menemui mayat Miegellic ditanam di belakang rumah.

Susulan itu, Malikah (suspek) telah ditahan oleh pihak polis manakala ibunya, Tammy pula dituduh kerana bersubahat menyembunyikan bahan bukti ketika pembunuhan. Hasil daripada soal siasat, kakak Miegellic mengaku dia cuba menghubungi pihak polis melaporkan tentang kejadian tetapi diugut oleh ibunya. Disebabkan terlalu takut, dia terpaksa akur dengan arahan ibunya untuk menanam adiknya itu.

Sumber: New York Post, Daily Star

SKIP THIS AD ×