berita

Ibu Dakwa Bayi Digigit & Anak Lelaki Dilempang Di Rumah Pengasuh – ‘Terkoyak Kulit, Ada Kesan Berbirat’

January 15th, 2024 | by Alia
Kini Trending

bayi gigit lempang

Seorang wanita mendakwa pengasuh kepada anak-anaknya tidak bertanggungjawab berikutan terdapat kesan kecederaan pada tubuh badan mereka.

Artikel Berkaitan: Bayi Dua Bulan Meninggal Dunia Didakwa Kerana Kecuaian Pengasuh

Artikel Berkaitan: Bapa Tak Sanggup Lihat CCTV Anak Didera Pengasuh Taska, Dipukul Berkali-Kali Ketika Makan

Tragedi hari pertama

bayi gigit lempang

Menerusi perkongsian di Facebook (FB), seorang wanita bernama Nurhidayah Jamil meluahkan rasa kecewa kerana anak-anak lelakinya didakwa trauma akibat dicederakan semasa berada di bawah pengawasan pengasuh.

Hari pertama di rumah pengasuh berakhir dengan tragedi yang perit bagi aku dan anak-anak. Baby Luth yang baru enam bulan digigit oleh anak pengasuh lebih lapan gigitan sehingga terkoyak kulit berdarah-darah di baju.

Abang Nuh pula kesan lempang berbirat jari orang dewasa di muka. Sampai sekarang Abang Nuh masih trauma sampai demam. Dia sendiri saksi nampak adik dia kena gigit. Doakan Luth dan Nuh cepat sembuh luka, demam dan trauma.

Susulan itu, Nurhidayah telah mendapatkan rawatan untuk anak-anaknya dan melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis

Rawatan dan laporan polis dah buat. Doakan semuanya dipermudahkan dan anak-anak cepat sembuh.

Serah kepada pihak berkuasa

bayi gigit lempang

Dalam perkembangan terbaru, ibu kanak-kanak tersebut memaklumkan bahawa dia tidak akan mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap pengasuh berkenaan namun menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa.

Untuk makluman semua, siasatan sedang dijalankan dan kami mengambil keputusan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan kepada pengasuh tersebut kerana pengasuh tersebut juga mempunyai anak-anak yang mash kecil dan saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan.

Sementara itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang cakna terhadap kes berkenaan dan menghargai kerjasama yang diberikan oleh polis.

Terima kash kepada semua yang turut berduka cita dengan apa yang berlaku dan terutama pada pihak polis yang banyak membantu dalam siasatan.

Tujuan saya post dalam FB ini adalah agar pengasuh dan ibu bapa boleh ambil iktibar akan apa yang berlaku kepada keluarga kecil kami ini dan boleh elakkan perkara ini berlaku lagi.

Sumber: Facebook Nurhidayah Jamil

SKIP THIS AD ×