berita

Gadis Batal Nikah, Ibu Bapa Tak Pernah Kahwin & Zina Hampir 30 Tahun Sampai Dapat 6 Anak – ‘Tiada Ada Rasa Insaf!’

December 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

zina 30 tahun

Gambar sekadar hiasan

Niat gadis muda untuk mendirikan rumah tangga terpaksa dibatalkan apabila status perkahwinan ibu bapanya terbongkar.

Artikel Berkaitan: Gadis Intern ‘Serah’ Tubuh Dekat Staf Senior, Perwatakan Berbeza Kat Pejabat Nampak Alim

Artikel Berkaitan: ‘Dia Memang Berzina Dengan Mak Sendiri’ – Wanita Jijik Bekas Teman Lelaki Kantoi Curang

Anak tak boleh diwalikan bapa

zina 30 tahun

Menerusi hantaran di Facebook (FB), seorang individu mendedahkan kisah gadis berusia 19 tahun yang berhasrat untuk bernikah namun bapanya tidak mahu menjadi wali.

Dah siap isi borang nikah sampai lah ke bahagian wali hubungi bapa minta bagi maklumat, bapa tak mahu bagi.

Paling mengejutkan apabila ibu bapanya mengaku bahawa mereka tidak pernah berkahwin. Bapanya juga enggan membuat akuan sumpah untuk urusan wali hakim kerana menganggap perkara tersebut mengaibkannya.

Kemudian dia menghubungi ibunya bertanyakan perihal wali dan bertanya kenapa bapa tak nak bagi wali untuk urusan nikah? Sekali mak jawab ‘bapa tak boleh bagi wali, sebab mak dengan bapa tak pernah berkahwin, kau kena pakai wali hakim’.

Pihak agama pun hubungi mak dan bapa untuk kepastian. Ya benar, pengakuan daripada mak dan bapa. Mak dan bapa tidak pernah berkahwin sehinggalah penamat anak enam orang..pening pejabat agama, ustaz pejabat agama pun nak pitam dengar.

Bila tanya, ‘tak kahwin, tapi anak anak semua ada bin dan binti, boleh buat ya?’ Mak pun jawab tanpa rasa bersalah ‘ya, masa tu boleh, mudah buat surat beranak’.

Difahamkan, bakal suami gadis itu meninggalkannya manakala dia pula mula terjebak dengan penyalahgunaan dadah serta seks bebas kerana terlalu kecewa.

Maka dia pun bawa diri. Meronta, protes dengan takdir, tidak ada yang memujuk dan memberi semangat . Maka hanyut lah beliau dengan kawan kawan sekapal dan mulalah terjebak dengan najis dadah.

Dari situ lah beliau juga sudah tidak ada pantang larang lagi dah, duduk bercampur lelaki perempuan tiada had batas. Sambil menghisap dadah, layan pulak dengan seks bebas, dari satu kelahiran berjangkit jangkit jadi enam. Dah sama macam mak dan bapa biologinya juga.

Mereka hidup bersama sebumbung hampir 30 tahun sehingga di kurniakan enam anak. Secubit pun mereka tak insaf atau kesal dan mahu bernikah, akhirnya segala natijah kehancuran itu di terima oleh anak-anak dan cucu.

Sumber: Facebook Ezza Ezzyat

SKIP THIS AD ×