berita

Ibu Dan Anak 8 Bulan Antara Mangsa Kemalangan Maut Treler & Kereta

December 27th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Tragis! Satu kemalangan ngeri membabitkan dua treler dan tiga kereta dipercayai berlaku pada awal pagi tadi membuatkan ramai terkandas sehingga 4 jam. Kemalangan tersebut berlaku di KM 160.9 arah Selatan dari Bandar Cassia ke Jawi.

Menurut Penang Kini, beberapa kematian dilaporkan termasuk seorang ibu dan bayi berusia 8 bulan. Setakat ini masih tiada laporan penuh mengenai kejadian ini.

Kemalangan berlaku pada jam 12.55 pagi

Menurut twitter plusline, kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 12.55 pagi menyebabkan kesesakan trafik yang luar biasa. kemalangan itu menyebabkan ramai yang terkandas sehingga 4 jam lamanya.

Beberapa foto sekitar kemalangan membanjiri ruangan komen. Menerusi Astro Awani, kedua-dua mangsa dalam perjalanan secara berkonvoi untuk pulang ke Pahang selepas mengikuti hari keluarga di Alor Setar, Kedah.

Sekitar tempat kejadian

Berdasarkan respon orang ramai di ruangan komen, beberapa buah kereta remuk hancur dilanggar lori atau sebaliknya. Menurut pasukan Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, pihak mereka menerima panggilan pada jam 12.14 pagi.

Dimaklumkan dua mangsa yang berada di tempat duduk belakang kenderaan jenis Proton Waja itu didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Sementara itu, tiga lagi mangsa yang menaiki kenderaan sama hanya mengalami cedera ringan. Kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Bayi meninggal

Respon orang ramai

Sumber : Penang Kini

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×