berita

Ibu Degil Amal ‘Lotus Birth’ Tak Nak Potong Tali Pusat, Bayi Maut Selepas 2 Hari Dilahirkan

June 17th, 2020 | by Shahira
Kesihatan & Hidup Aktif

Lotus Birth adalah berbeza dengan kaedah kelahiran yang biasa. Hal ini kerana, Lotus Birth merupakan amalan melahirkan dengan cara tidak memotong tali pusat sejurus dilahirkan.

Terbaru, seorang doktor iaitu Dr Malarasanthi Santherasegapan ada berkongsi satu kisah seorang bayi di Australia bernama Harlow disahkan meninggal dunia akibat ibunya mengamalkan ‘Lotus Birth’.

Lotus Birth

Ini adalah kisah seorang wanita Australia dan bayinya yang hanya sempat hidup 2 hari di muka bumi ini, Baby Harlow. Pasangan Laderman berkawin 13 tahun tanpa cahaya mata. Setelah cuba dengan macam-macam cara, akhirnya Puan Laderman berjaya mengandung bayi sulungnya melalui cara IVF.

Nak di jadi kan cerita, Si Ibu menolak hampir semua rawatan dan protokol sejak mengandung sehinggalah baby tu lahir dan mati. Nasihat dari pakar-pakar yang legend pun ditolaknya. Si Ibu berpegang dengan bacaannya sendiri dari Google. Nasihat dari bidan lagi lah dia taknak pandang.

Baby Harlow sempat “sihat” 6 jam sahaja. Kemudian semuanya sengsara  dan disahkan mati pada hari ke-2 hidupnya. Pada awalnya Puan L follow up dgn Dr A (swasta rasanya). Ketika kandungannya 19 minggu dia dirujuk ke hospital besar, direct bawah pakar yang power. Katanya si ibu yang request dirujuk tu. Tapi Dr A cakap sebenarnya dia malas nak layan kerenah Pn L.

Ibu buat ‘Birth Plan’

Di kerajaan, check up dengan Dr B pula. Kali pertama jumpa Dr B, si ibu diberitahu Dr agak risau sebab Baby H lebih kecil dari umurnya yang 22 minggu ketika itu. Dr tak tahu punca kenapa baby kecik, sebab si ibu ni tak nak buat ujian minum air gula dan ujian lain untuk tahu kenapa baby kecil.

Disebabkan baby H kecil, kehamilan Puan L masuk kategori risiko tinggi. Setiap temujanji, kena jumpa Dr dan bidan sekali. Dipantau rapi dan dinasihatkan berbakul bakul. Tapi si ibu ni pekakkan telinga. Dah lah tak dengar nasihat, tak ikut protokol, dia pergi pula tulis Birth Plan panjang lebar, nak kelahiran yang “seronok” dan “gentle”.

Antara Birth Plan Puan L adalah, Lotus Birth iaitu biarkan baby bersambung dengan tali pusat dan uri sampai dia kering sendiri. Vaginal seeding, ambil air dari vagina ibu, letak dekat muka badan dan seluruh tubuh baby. Jangan bagi apa-apa vaksin atau ubat.

Birth Plan membawa kepada kematian

Birth Plan ini lah yang membawa kepada kesengsaraan dan kematian Baby Harlow. Baby H lahir secara emergency Cesearean pada dalam usia pramatang. Kenapa pula? Apa jadi dgn Birth Plan mak dia yang nak “Lotus Birth” bagai? Baby H lebih kecil dari usia dia sejak usia 22minggu. Dr B suruh Puan L check kencing manis dan kuman di pangkal rahim.

Baby H duduk dalam keadaan songsang dari usia 32 minggu. Ibunya dijadualkan buat prosedur “pusing baby” pada 16 Ogos. Tapi Puan L pecah air ketuban pada 13 Ogos.(tak sempat pusing). Mungkin Baby H memang nak sangat lahir LSCS, tak nak lalu vagina mak dia? Baby mcm tahu bahaya menunggunya?

Sebaik sampai di hospital dengan air ketuban pecah, Dr B suruh Puan L cucuk antibiotik, tapi ibunya tak nak, disuruh cek kuman dekat pangkal rahim juga ditolak. Dr suruh Pn L ambil injection untuk kuat kan paru-paru Baby H memandangkan dia akan lahir pramatang masih juga taknak. Dr B nasihat kan Pn L tak payah Lotus Birth bagai sebab lahir melalui pembedahan, ibunya masih menolak. Nak jugak berlotus teratai bagai.

Baby H pramatang

Baby H lahir pada 12.19am, 14 Ogos melalui pembedahan Ceasearean. Bayi perempuan yang cukup sifat. Nafas elok, nangis elok. Vaksin dan Vitamin K ditolak (expected). Baby H pramatang dengan berat kurang dari 2.5kg. Baby seperti ini, wajib di masukkan ke Unit Khas Baby (SCN) untuk pantauan rapi. Kena jaga elok-elok, tengok pernafasan, bagi susu. Akak-akak misi kat SCN akan tengokkan baby pramatang pagi petang siang malam. Biasanya, dapat discharge elok dan membesar macam biasa.

Tetapi, ibu degil Puan L menolak admission ke SCN dan sign borang “AOR”. Maka, Baby H sempat hidup “sihat” 6 jam sahaja. Lepas tu semua sengsara. Sampai disahkan meninggal. Usia 15 Jam Baby H mula sengsara. Dr P dipanggil untuk tengokkan Baby H. Gula rendah, Dr P tegaskan berkali-kali kat Pn L dan suami, Baby H perlu dipantau rapi di SCN. Baru mereka setuju.

Nafas sangkut-sangkut

Usia 16 JAM, 4.40pm, Baby H admit SCN. Nampak lembik, pucat, kulit beruam (mottled), badan sejuk. Di beri air gula untuk rawatan gula rendah. Baby H okay sikit. Dr P bebel dekat Pn L “Lotus” tu bawa kuman kat Baby H masuk kat pusat,kemudian perut. Misi-misi  SCN pun bebel, PnL setuju nak potong “Lotus”(dah 16jam).

11.45pm, Baby H nafas sangkut-sangkut, pucat. Nurse panggil DrP urgent. Dr P tgk badan makin sejuk, perut kembung (dari pusat yang baru potong lotus tu). Jangkitan kuman dah merebak (sepsis). Dr P call pakar terus.

1.30am baru settle buat, check darah, bagi 2 jenis antibiotics. 5.30am, nurse panggil DrP lagi sekali. Nafas still sangkut, makin lembik, ruam (mottle) satu badan makin menjadi. Dr P risau jangkitan dah naik kat selaput otak. Dia tambah lagi antibiotics yang boleh matikan kuman di otak.

6.00am, Baby H pucat dan kuning, badan sejuk dan tak bergerak dan lembik sangat. Ruam makin bertambah. Perut lagi kembung. Badan kering sangat (ni semua combo SEPSIS). Diberi bantuan Oxygen. Masuk air melalui jarum kat tangan. Ok sikit tapi still sengsara.

Keadaan semakin kritikal

Sekadar gambar hiasan

6.40am hingga 6,45am, Dr P bincang kes Baby H dengan Pasukan PIPER, Pakar Bayi. Selepas dia call Pakar Perunding PIPER, ProfS. ProfS bagi pendapat, dan suruh tambah 1 lagi ubat. 7.30am, nafas makin laju, makin sangkut. Oxygen x cukup. DrP “up” kan bantuan pernafasan. Jenis CPAP.

8am, nafas ok sikit. Nampak stabil sikit daripada sebelum tu. 8.15am, DrP call Pasukan PIPER dan update progress Baby H. Tak lama pastu PIPER sampai di NICU. 8.15am hingga 9.20am, Dr P dan Pasukan PIPER sama-sama check Baby H. Badan sangat sejuk, tak bergerak, nafas makin teruk, lembik, pucat, perut kembung.

9.20am hingga 10.40am, tiub pernafasan dimasukkan dalam tekak Baby H. Tambah antibiotics sebab perut makin kembung. Masuk darah (transfusion). Diberi ubat kuatkan paru-paru, diberi ubat naikkan tekanan darah.
Diberi injection Vitamin K, darah terlampau berasid, diberi ubat NaHCO³ (dah kritikal sangat).

Tanda-tanda kematian

Pasukan PIPER & ProfS buat keputusan nak transfer Baby H ke hospital khas untuk Bayi. Persediaan dibuat untuk urusan transfer. PIPER bagi tahu ibu bapa Baby H dia sangat kritikal. Tak tahu boleh selamat ke tak. Tapi mereka akan cuba sedaya upaya.

11.49am, PIPER & Baby H bergerak dari Hospital A ke Hospital B. (macam hospital daerah ke HKL gitu lah). Tiub pernafasan still dalam tekak. Bacaan Oksigen BbyH 88%. Sejurus selepas bergerak, ambulans terpaksa berhenti. Baby H makin tenat. Bacaan Oksigen jatuh 20%. Dada tak sekata. PIPER suspek selaput paru-paru masuk angin (Pneumothorax). Dr buat prosedur emergency nak keluarkan angin tu. Tiba-tiba, jantung pulak makin slow. Dr bagi ubat Adrenaline melalui darah nak bantu jantung dia. Tak banyak perubahan.

PIPER call ProfS – Prof suruh gerak ke HospB secepat mngkin. Sambung bagi ubat Adrenaline dan bantuan Oksigen dalam perjalanan. 12.25, PIPER & BbyH sampai di Jabatan Kecemasan Hosp B. Segala macam pakar dah standby. Jantung berdegup lemah sangat (40 beat seminit). Terus start CPR, terus tolak ke ICU baby atau dikenali sebagai NICU.Adrenaline lagi, sampai ke NICU. Jantung dah tak berdegup. Mata dah terbeliak. Oksigen tak boleh baca (tanda-tanda dah mati).

Punca kematian

Pakar Perunding NICU & PIPER buat keputusan sambung CPR sementara tunggu parents Baby H sampai, tapi tak payah bagi ubat dah. Memang tak ada harapan. 1pm, ibu bapa Baby H sampai. Keadaan diterangkan. 1.03pm, mereka pegang Baby H. 1.30pm, Baby H disahkan mati.

Apa yang menyebabkan Baby Harlow mati?

– Baby H lahir pramatang dengan berat kurang dari 2.5kg. Sejurus selepas kelahiran, Baby H nampk stabil. Namun dia berisiko, jadi :
– Dr P minta nak check tahap gula dalam darah Baby H (PnL tak bagi)
-Dr P suruh Baby H admit dan dipantau di ward khas baby, SCN (Pn L tak bagi)
-Pn L jaga Baby H. Uri dan tali pusat masih bersambung. Lotus lah konon. Baby H disapukan cecair dari vagina ibunya sejam sekali.
-Baby H diberi susu ibu dari “Ibu Susu” yang tidak tahu status kesihatannya dan Pn L tak bagitahu benda ni dekat sesiapa. Dia buat senyap je.

Sumber:Dr Malarasanthi Santherasegapan

SKIP THIS AD ×