Sudah menjadi lumrah, setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan satu pengakhiran yang bahagia iaitu pernikahan. Namun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya.
Begitu juga nasib yang menimpa penyampai radio terkenal ini, Radin Amir Effendi bersama buah hatinya, Azlina Idris. Saat sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga, Radin tiba-tiba didatangi satu berita sedih.
‘Saya perlu menghormati keluarga’
https://www.instagram.com/p/BsDj05PnzPy/
https://www.instagram.com/p/B6u5nlRFyd3/
Menerusi laporan Berita Harian, Radin memberitahu dia langsung tidak gelojoh membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangan hidupnya yang juga merupakan seorang pramugari syarikat penerbangan asing.
Menceritakan kisah itu, Radin menjelaskan bahawa dia dan Azlina kini masih belum memikirkan tarikh perkahwinan memandangkan mereka sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing. Tetapi jika diikutkan perancangan, dia akan menghantar rombongan merisik dan bertunang secara adat pada tahun ini juga.
Jika diikutkan saya mahu terus bernikah, tidak perlu majlis merisik dan bertunang. Bagaimanapun, teman wanita adalah anak bongsu, jadi saya perlu menghormati keluarganya.
Ibu adalah segalanya
Tambah Radin lagi, keadaan kesihatan ibu tersayang juga sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya untuk mendirikan rumah tangga.
Ibunya kini sedang menderita penyakit paru-paru berair dan bergantung kepada tong oksigen. Walaupun teruja untuk menamatkan zaman bujang, tetapi bagi Radin kebahagian ibu adalah segalanya.
Saya mahu membahagiakan ibu terlebih dahulu. Jika boleh saya memenuhi segala keperluan walaupun tidak diminta. Kondisi kesihatan ibu semakin merosot membuatkannya sedikit manja. Ibu rapat dengan saya kerana kami tidak pernah berenggang.
Sumber: Berita Harian, Azlina Idris