berita

‘Ibu Dia Meninggal Sebab Covid-19 Beberapa Bulan Lepas, Datuk Yang Urus Bersama Ayah & Kakak’

January 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkongsian video seorang guru dikenali sebagai Cikgu Farrah di laman TikTok, mencuri perhatian ramai yang menceritakan kisah sedih pelajarnya. Walaupun diuji sebegitu pelajar ini masih cekal untuk menimba ilmu dan datang ke sekolah seperti biasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hasilkan ‘Troli’ Khas Untuk Pelajar OKU Sertai Larian, Usaha Mulia Guru Ini Terima Pujian

Mak baru sahaja meninggal

Menerusi video yang dikongsi dapat dilihat seorang pelajar lelaki yang memakai kemeja sekolah berwarna putih namun, saiz baju tersebut dilihat begitu besar dan tidak dimasukkan secara kemas di dalam seluar.

Terserempak dengan pelajar tersebut, Cikgu Farrah bertindak mengajak pelajar berkenaan ke tandas dan membantunya memasukkan baju ke dalam seluar.

Macam biasalah cikgu akan meronda tengok, tiba-tiba nampak eh lain macam ja baju dia.

Terus ajak p tandas dan betulkan.

Apa yang lebih meruntun hati, ibu kepada pelajar ini baru sahaja meninggal bulan November tahun lalu, dek Covid-19.

Tok yang urus dengan ayah serta kakak.

Terima kasih atas doa semua buat anak ini. Ibu dia meninggal sebab covid beberapa bulan lepas. Tak sanggup saya tengok tanpa perasaan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1.4 juta tontonan dan pelbagai respon daripada wargamaya. Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut sebak dengan kisah yang dikongsi dan ada yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan kepada pelajar tersebut.

Video penuh:

@cikgu_farrahterima kasih atas doa semua buat anak ini..ibu dia meninggal sbb covid beberapa bln lepas..xsanggup sy tgok tanpa perasaan..harap xdak yg komen? Pelangi Petang – Dato’ Sudirman


Mengalir air mata tengok

Sumber: Cikgu Farrah

SKIP THIS AD ×