Foto: Tangkap layar video
Seorang guru Pendidikan Khas, dikenali sebagai Cikgu Azam menerusi beberapa buah video di laman TikTok, berkongsi hasil ‘inovasi’ yang dilakukan olehnya bagi kegunaan seorang pelajar.
Kegigihan seorang guru
Foto: Tangkap layar video
Menerusi video tersebut, Cikgu Azam berkongsi momen acara larian disertai oleh seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dikenali sebagai Alisya dengan bantuan ‘troli’ bagi memudahkannya untuk berlari. Apa yang lebih membanggakan, apabila pelajar ini berjaya mengharungi cabaran tersebut dan menamatkan larian sejauh lima kilometer.
Ini adalah projek inovasi. Projek istimewa untuk membantu pelajar buta untuk program larian. Berjaya habiskan 5 km tahun lepas. Bangga cikgu.
Mengulas lebih lanjut, Cikgu Azam turut berkongsi ‘troli’ yang digunakan oleh Alisya namun, pada mulanya ‘troli’ tersebut dilihat seakan-akan ‘troli’ yang berada di pasar raya. Bagaimanapun, hasil inovasi dan kreativiti seorang guru ‘troli’ itu mendapat nafas baharu dan secara tidak langsung memudahkan lagi pelajarnya untuk berlari.
Ramai tanya tentang versi awal. Sebiji macam trolley pasar raya. Tapi Alisya waktu ini gembira sangat sebab 1st time lari tak perlu pegang bahu cikgu @ guna tali.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video tersebut dan pada masa yang sama turut memuji tindakan Cikgu Azam.
Video penuh:
@cguazamRamai tanya ttg versi awal.Sebijik mcm trolley pasaraya ?.Tapi Alisya waktu ni gembira sgt sebab 1st time lari xperlu pegang bahu cikgu @ guna tali.? original sound – K H A I
@cguazamThis is my inovation project.Special to assist my blind student for their running.. ??? Berjaya habiskan 5km last year.Bangga cikgu? original sound – HRC IWAN?? – IWAN??
Terima kasih cikgu!
Sumber: Cikgu Azam