Sebelum ini, pelakon, Nadia Brian, mengaku pernah mengalami situasi pasca trauma akibat keganasan rumah tangga ibu bapanya.
Artikel berkaitan: ‘Ibu Pernah Derita Selama 14 Tahun & Beberapa Kali Masuk Hospital’ – Nadia Brian Trauma Keganasan Rumah Tangga
Terbaru, menerusi laporan Melodi, Nadia berkata sudah tidak ada dendam dalam hatinya terhadap ayah.
Berjaya ‘switch’ mental saya
Menurut Nadia, perkara itu sudah lama berlaku dan ibunya juga mendidik dia serta adik beradiknya supaya tidak menyimpan dendam terhadap ayah mereka.
Saya berhubung dengan ayah saya ketika kakak saya nak berkahwin dahulu. Itu kali pertama kami berhubung semula. Kemudian, sekali lagi adalah ketika saya nak berkahwin. Saya tak ada masalah sebab dari kecil pun, ibu saya mendidik kami adik beradik supaya tidak membenci ayah. Tapi, kita membesar, melihat dan belajar.
Tambah Nadia, dia belajar untuk ‘menukar’ (switch) mindanya supaya dapat berfikir dan menerima apa yang berlaku sebagai satu pengalaman silam.
Ibu saya pun tak ada menyimpan dendam atau apa. Kesan daripada itu, saya belajar untuk ‘switch’ mental saya. Kalau tidak, mungkin saya tak jadi Nadia seperti sekarang. Mungkin kalau saya tak berjaya ‘switch’ mental saya, saya dah jadi seorang yang berbeza contohnya, suka memberontak dan sebagainya. Jadi, saya dah berjaya ‘switch’ mental saya, memahami bahawa situasi itu sudah terjadi dan saya tak mahu ia terjadi lagi.
Sumber: TV3