Pelakon, Nadia Brian, mengaku pernah mengalami situasi pasca trauma akibat keganasan rumah tangga ibu bapanya.
Artikel berkaitan: ‘Tak Habis Letak Headline Nadia Brian Seksi, Susah Payah Aku Berlakon Sampai Tak Cukup Tidur, Tak Pula Buat Berita’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadia Brian Pakai Dress Seksi Ke Majlis Perkahwinan, Netizen Pelik Dengan Fesyen Cangkuk Bra Di Leher
Derita selama 14 tahun
Menerusi laporan Harian Metro, Nadia memberitahu sewaktu kecil dia tidak pernah terdedah dengan masalah kesihatan mental sehingga dirinya meningkat dewasa.
Mak saya pernah menderita akibat keganasan rumah tangga selama 14 tahun dan pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital pada waktu itu. Malah kejadian yang berlaku, pernah dipaparkan dalam sebuah program TV serta menarik perhatian bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial, Allahyarham Tan Sri Napsiah Omar pada era 90-an.
Masalah rumah tangga yang dialami keluarga saya turut memberi kesan dan trauma kepada saya. Tapi ketika itu saya masih kecil dan tidak tahu saya mengalami masalah kesihatan mental.
Tambah Nadia, dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap bapanya.
Saya bukan nak buka aib keluarga tetapi ini adalah sebagai pengajaran terhadap isu gangguan mental. Malah, apa yang berlaku tidak membuatkan saya membenci bapa. Saya anggap semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Lagipun kejadian itu sudah lama, saya pandang positif. Buat apa nak susah hati perkara lepas. Dalam hidup ni satu saja yang saya mahukan iaitu ketenangan. Tenang itu mahal.
Sumber: Harian Metro