berita

‘Ibu Tidur Secara Meniarap’ – 7 Ahli Keluarga Positif COVID-19, Achey Jadi Runner Hantar Keperluan

August 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelawak Achey terus diduga Allah apabila satu persatu ahli keluarganya termasuk ibu tercinta, Ngaisah Hassan,73, disahkan positif COVID-19 dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Segamat, Johor Bahru.

Mak di wad stage 4 COVID-19

Menurut Achey, keadaan ibunya tidak memuaskan kerana tahap kesihatannya tidak stabil justeru dia diletakkan di wad stage 4 COVID-19 untuk pemerhatian rapi.

Hospital hubungi saya dan memaklumkan ibu ada radang sedikit di paru-paru dan ubat anti-radang masih dimasukkan dalam badan sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki dalam 4 hari.

Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian yang lebih.

Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, masih di masukkan oksigen dan tidur secara meniarap. Badan pula semakin susut. Kesihatan dia turun naik.

Hikmah tangan patah

Tambah pemilik nama Mohd Nasir Hamzah, dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya tidak dijangkiti kerana tinggal di rumah keluarga mentua sejak insiden jatuh motosikal sehinggakan patah tangan kiri dan retak tangan kanan.

Ada hikmah sebenarnya selepas saya patah tangan, saya diuruskan oleh isteri saya di rumah mentua saya. Jarak dengan rumah keluarga saya di Labis cuma 15 minit.

Bila semua kena (COVID-19), yang boleh hantar makanan dan keperluan hanya saya dan orang rumah saya. Kami saja yang free. Kalau saya tak berapa sihat, isteri saya tolong hantarkan.

Kadang-kadang saya yang hantar, tapi maklumlah nak bawa kereta pun susah sebab tangan dah dua-dua cedera, tak boleh nak pusing stereng.

Kami tak boleh ambil barangan dari rumah keluarga untuk dihantar ke hospital sebab di rumah ramai yang positif. Jadi, apa keperluan di hospital dan pusat kuarantin kami perlu beli baru. Sama juga dengan rumah di Labis yang perlukan keperluan pun kami juga yang akan hantarkan.

Dalam pada itu, pelakon drama Bocey & Friends mendedahkan keluarganya mula dijangkiti virus berbahaya itu bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.

Sehingga sekarang, seramai tujuh orang ahli keluarga disahkan positif manakala dua lagi masih menunggu keputusan ujian calitan.

 

Sumber: Instagram @acheykintangkintung

SKIP THIS AD ×