berita

Ibu Dua Anak Dirogol Berkali-Kali Oleh Askar, Leher Dikelar & Mayat Ditanam Belakang Rumah

April 12th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita Ukraine didakwa dirogol berulang kali oleh anggota batalion. Lebih mengerikan apabila mengetahui suspek tergamak mengelar leher sebelum mengebumikan mayat mangsa di halaman belakang sebuah rumah.

Dirogol dan leher dikelar

Memetik laporan The Sun, mangsa yang dikenali dengan nama Tetiana Zadorozhniak dipercayai diculik oleh anggota batalion (Republik Chechnya) ketika dia sedang mengemas untuk mengosongkan rumahnya yang terletak di Makariv, Kyiv. Mangsa yang merupakan ibu kepada dua anak ini kemudian dibawa ke sebuah rumah dan dijadikan tawanan selama beberapa hari sebelum dia dirogol.

Bukan setakat dirogol, mangsa juga didera dengan begitu kejam dan lehernya dikelar oleh anggota batalion. Mayat Tetiana Zadorozhniak kemudian dikebumikan di halaman belakang rumah berkenaan sekitar 15 Mac lalu. Salah seorang saksi mendakwa anggota batalion yang merogol dan membunuh Tetiana Zadorozhniak kemudian telah dibunuh oleh pegawai yang lain.

Difahamkan, viral beberapa video dan foto di media sosial memaparkan keadaan di dalam rumah di mana mangsa dikurung. Bukan itu sahaja, kelihatan juga sehelai cadar yang berlumuran darah berada di lokasi kejadian. Menurut sumber, jiran tetangga yang melihat insiden itu tidak mampu berbuat apa-apa apatah lagi menolong mangsa kerana mereka juga telah ditahan dan diugut tembak sekiranya meninggalkan rumah masing-masing.

Sumber: The Sun, Daily Mail

SKIP THIS AD ×