Ibu kepada ratu rock negara, Ella iaitu Yang Asmah Long dilaporkan telah meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Telok Gadong, Klang, awal pagi tadi. Berita sedih itu dikongsikan oleh Ella sendiri menerusi akaun Instagramnya.
Sakit tua
Salam dan sejahtera. Buat makluman, dan mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2:30 pagi tadi.
Menurut Ella, ibunya meninggal dunia ketika dalam tidur lebih kurang pukul 2.30 pagi tadi. Arwah yang menetap di Klang dipercayai meninggal dunia akibat sakit tua. Sebagai anak, Ella mohon Allah ampuni, rahmati, maafkan dan muliakan kematian ibunya.
Lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah.
Difahamkan, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, hari ini.
Sumber: Ella