Sekadar gambar hiasan
Hasrat seorang wanita sedang sarat hamil tujuh bulan untuk menyambut kelahiran cahaya mata bertukar satu tragedi hitam apabila dia tiba-tiba bersalin tanpa sengaja di dalam tandas ketika hendak membuang air besar.
Bayi maut dalam lubang tandas
Foto: Bernama
Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Bernama, insiden menyayat hati itu berlaku di sebuah rumah di Parit 7, Sekinchan, Selangor sekitar jam 4:03 petang (Isnin). Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor iaitu Norazam Khamis, seramai sembilan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut.
Bayi yang dilahirkan telah terjatuh ke dalam (lubang) mangkuk tandas dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dalam masa 10 minit setelah memecahkan tandas tersebut.
Menurut sumber, bayi lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala ibunya yang berusia 37 tahun berada dalam keadaan stabil telah dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan lanjut.
Sumber: Bernama